Debaran Semakin Terasa Berbaki 2 Hari Sebelum Finale Dewi Remaja 2022

Share

 

Setelah enam bulan pencarian dilaksanakan, kini tibalah masa untuk gelaran Dewi Remaja 2022 dikalungkan kepada juara dan penerus legasinya.

Bermula sejak peringkat uji bakat ke empat buat lokasi berbeza yakni di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan di Shah Alam, Selangor; perjalanan 16 orang peserta Dewi Remaja 2022 telah diwarnai dengan pengalaman sekali-seumur-hidup yang pastinya tidak akan dilupakan.

Mereka yang terpilih merupakan yang terbaik di antara gadis-gadis tempatan yang mempunyai misi serta keinginan tinggi untuk meningkatkan prestasi serta keupayaan diri demi mengejar kejayaan.

Masih berbekas di minda terhadap reaksi yang diterima sewaktu pengumuman 16 orang peserta ini dilakukan sekitar bulan Jun yang lalu. Rata-rata menyambut baik diversiti yang mengalir dalam kalangan peserta terpilih. Dewi Remaja 2022 membuka pintu serta peluang sama rata terhadap semua gadis remaja di Malaysia dan inklusiviti tersebut telah disemat sejak awal lagi.

Barisan peserta Top 10 Dewi Remaja 2022 (dari atas, kiri) Bee Aishah, Rasyiqah Johan, Zafira Yong, Hyeley, Janani Baskaran, Kimberly Chuah, Auni Yusri, Dina Allysha, Alyssa Azmi dan Tracie Sinidol.

Begitupun, Dewi Remaja 2022 hakikatnya masih merupakan sebuah program berbentuk pertandingan dan hanya seorang sahaja yang boleh dinobatkan sebagai juara. Tentunya, debaran terus dirasai kesemua peserta saban minggu apabila mereka diberikan peluang mendalami ilmu bagi setiap aspek pertandingan yang dipertaruhkan seperti aspek fesyen, lakonan, pengacaraan, karakter diri, seni etiquette, komunikasi dan pelbagai lagi aspek lain yang menjadikan seseorang itu selayaknya diangkat sebagai seorang Dewi.

Mereka bertuah kerana perjalanan mereka ini diserikan lagi dengan kehadiran penaja bersama, Kinohimitsu Malaysia yang memberikan tenaga serta aura wanita muda sejati dalam diri masing-masing.

Kinohimitsu menerusi duta jenamanya, Farisha Iris telah banyak menyokong pembabitan setiap peserta sepanjang Dewi Remaja 2022. Korang tentunya masih ingat dengan aktiviti Muay Thai lasak mereka pada episod dua. Ada yang menyerlah, ada yang tersungkur.

Namun yang pasti, masing-masing mengekalkan stamina pada tahap tertinggi dengan adanya Kinohimitsu Bird’s Nest dengan kandungan Kacip Fatimah dan Manjakani. Selain menggalakkan kulit kekal muda, berseri dan halus, minuman suplemen ini juga mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan di mana fungsi imunisasi disokong baik dan sistem pernafasan juga lebih teratur.

ARTIKEL BERKAITAN : Dewi Pun Boleh Lasak! Ini Rahsia Dewi Tidak Luntur Stamina Dalam Cabaran Muay Thai – REMAJA

Dan.. siapa dapat lupakan cabaran pengacaraan di episod empat di mana 15 peserta yang meneruskan cabaran perlu berdepan dengan orang ramai sebagai seorang public speaker.

Apabila tiba masa bagi setiap kumpulan mempersembahkan diri di hadapan orang ramai, mereka tidak lagi merasa tertekan dengan penampilan diri. Ini kerana Kinohimitsu Snow Activ mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi lalu mengekalkan keremajaan kulit. Terserlah terus aura glowing sebagai peserta Dewi Remaja 2022!

ARTIKEL BERKAITAN : Episod 4 Semakin Beri Tekanan? Dewi Remaja ‘Tebalkan Muka’ Bercakap Depan Orang Ramai – REMAJA

Kinohimitsu Malaysia terus mewarnai perjalanan pencarian ini menerusi acara pertunjukan fesyen, Dewi Remaja 2022 x Kinohimitsu Fashion Day Out yang baru-baru ini berlangsung di pusat membeli-belah, Central i-City Shah Alam.

Acara yang mendapat kerjasama daripada para pelajar dan pensyarah jurusan Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian dari Politeknik Ibrahim Sultan, Johor telah menerima sambutan meriah daripada para jemputan serta pengunjung yang menontonnya secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN : Pertunjukan ‘Fashion Day Out’ Oleh 16 Finalis Dewi Remaja 2022 & Kinohimitsu Gamatkan Shah Alam – REMAJA

Pada acara tersebut, Alyssa Azmi telah dipilih selaku penerima kategori Best Catwalk manakala pelajar yang membawa pulang kategori Best Design pula ialah Hamzah Johan yang rekaannya disarungkan oleh Malle Christian dan Fifi Filan Tisya.

Dengan berbaki hanya dua hari saja sebelum pentas akhir Dewi Remaja 2022, sepuluh orang finalis yang masih meneruskan langkah perjuangan mereka sudahpun bersedia untuk memberikan yang terbaik serta menyerlahkan aura diri masing-masing sebagai seorang juara berpotensi. Siapakah dewi pilihan anda?

Jangan lupa untuk menyaksikan pentas akhir pencarian Dewi Remaja 2022 yang bakal disiarkan secara langsung pada 3 September ini di saluran Astro Ria dan aplikasi Astro Go. Teruskan mengundi peserta kegemaran anda bagi kategori Dewi Favourite pada setiap hari di www.remaja.my/dewi sehingga malam finale.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ