Kecoh di laman Instagram malam tadi apabila perdebatan antara Caprice, pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew dan seorang pelajar Mesir mendapat perhatian ramai setelah masing-masing cuba untuk merungkai kisah sebenar disebalik kontroversi yang berlaku di Gaza, Palestin.
Sebelum ini, Caprice khabarnya telah memuat naik hantaran di instastory dengan memerli individu yang dikatakan menjadi kambing hitam politk dan ramai yang mengatakan bahawa individu yang disebut itu adalah Ustaz Ebit Lew (UEL).
Tidak mahu berdiam diri, pembantu peribadi UEL, Arief Farhan dan seorang pelajar Mesir yang dikatakan telah berjumpa dengan Caprice untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku telah tampil menjelaskan situasi yang berlaku di antara mereka menerusi sesi live di Instagram.
Pemuda yang dikenali sebagai Redha Zaini itu cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan, sebaliknya dia telah dimaki dengan perkataan ***k you oleh Caprice dan disebabkan itu ramai yang ingin tahu kejadian sebenar yang berlaku diantara mereka.
Sesi live bermula di antara Arief dan Redha yang kemudiannya Caprice turut masuk ke dalam live tersebut namun disebabkan masalah teknikal telefon bimbit, Redha tidak dapat untuk menjemput Caprice ke dalam sesi livenya itu. Caprice seterusnya mengajak mereka melakukan live di instagramnya dan ketika itu, seorang warga Jerusalem dijemput oleh Caprice dan Redha seakan tidak faham mengapa lelaki itu diajak untuk melakukan live bersama-sama.
Mungkin disebabkan tidak tahan dengan situasi tegang yang berlaku di antara mereka, Redha meninggalkan sesi live tersebut dan melakukannya sendiri di Instagramnya bersama pembantu peribadi UEL. Jelas Arif lagi, dia sudah request untuk masuk ke IG live Caprice namun tidak boleh mengakses.
Mereka kemudiannya menyambung perbualan dan menjelaskan situasi yang berlaku disebalik ketegangan itu. Sesi live tersebut berlangsung sehingga lewat pagi dan kami pasti warganet juga turut tidak keruan untuk memilih ingin menonton IG live siapa kerana masing-masing melakukannya secara serentak.
Jumlah pengikut Redha juga naik mendadak sehingga hampir 40 ribu, namun tidak berapa lama selepas tamatnya sesi live mereka, akaun Instagram Redha khabarnya telah dihack atau direport kerana dia tidak boleh lagi untuk mengakses akaun tersebut.
View this post on Instagram
Fuh, memang ‘tegang’ betul situasi malam tadi. Sampaikan akaun pelajar Mesir itu terus ‘ghaib’ la. Redha juga tidak tahu kenapa perkara itu boleh berlaku. Namun, pemuda itu telah pun mencipta akaun baru dengan nama @raydowwwwww dan sehingga kini, dia berjaya mendapatkan seramai 43.5 ribu pengikut.
Masyarakat Malaysia sepertinya sudah tidak sabar untuk menantikan penjelasan daripada Caprice tentang apa yang sebenarnya berlaku di Gaza. Sesi live tersebut akan berlangsung pada 21 Julai 2021 jam 9 malam waktu Malaysia dengan dua orang tetamu jemputan.
Diharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan janganlah kita pula menjadi masyarakat yang berpecah belah disebabkan oleh situasi ini.
Semoga semuanya baik-baik sahaja ya.