Degil Tak Mahu Duduk Rumah, Remaja Dipotong Rambut Stail Lelaki Tua Separa Botak

Share

Sedari tahun lalu, masyarakat di seluruh dunia sudahpun hidup dalam keadaan berjaga-jaga dan norma baharu mereka menjaga keselamatan dan kesihatan menentang wabak COVID-19 yang merebak.

Malah angka kematian terkini akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.68 juta kes.

Kisah dari Taiwan ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar bagi kita di Malaysia ini, untuk pengetahuan semua Taiwan kini sedang dilanda gelombang baru Covid-19 sejak bulan Mei yang lalu dan kian hari kes semakin meningkat.

Jadi rakyat Taiwan diseru melakukan kuarantin disaat yang genting ini, namun kuarantin merupakan sesuatu perkara yang sukar tambahan lagi buat para remaja yang suka keluar dan melepak bersama rakan-rakan.

Hal ini sangat merisaukan para ibu bapa di Taiwan, namun idea seorang ibu di Kaohsiung menjadi apabila dia membawa anak lelakinya yang berusia 15 tahun ke salon rambut untuk memotong rambut.

Ibu remaja tersebut berpakat bersama tukang gunting rambut, Huang Ling Xiang tentang potongan rambut yang sesuai untuk anaknya agar menghentikan anaknya daripada keluar rumah ketika pandemik ini.

Asalnya, mereka bercadang untuk mencukur perkataan ‘COVID-19’ pada rambut anak tersebut tetapi tidak akan berkesan kerana anaknya masih akan keluar rumah untuk menunjukkan stail baru rambutnya.

Huang akhirnya memutuskan untuk mencukur bahagian atas kepala anak remaja itu sehingga kelihatan seperti lelaki tua yang separa botak.

Huang telah memuatnaik foto tersebut dalam sebuah hantaran Facebooknya dan pada mula, ramai yang tidak mempercayai bahawa itu adalah seorang anak remaja kerana Huang tidak menunjukkan gambar sebelum rambutnya dicukur.

Menurut Huang, remaja lelaki itu berasa sangat marah dan malu selepas rambutnya dipotong dan memarah ibunya kerana sanggup berbuat demikian kepadanya.

Susulan daripada kejadian tersebut, salon rambut tersebut telah menerima banyak pertanyaan daripada pada para ibu bapa tentang potongan rambut tersebut.

Malah, salon rambut itu turut menjalankan promosi potongan rambut percuma yang diberi nama ‘Pencegahan COVID-19’ kepada remaja berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun yang sukar untuk duduk di rumah.

Reaksi orang ramai di Taiwan kebanyakannya menyebelahi keputusan ibu dan tukang potong rambut tersebut agar remaja terus duduk dirumah kerana pandemik ini sesuatu yang tidak dapat dikawal.

Haa, so korang better duduk rumah diam-diam kalau tak nak jadi macam ni…hehehe

Sumber: Mothership.Sg

Published by
Nana