Viral ‘Geng Karen’ Buat Hal Lagi Berjalan Di KLCC Tanpa Pelitup Muka, ‘Double Standards’ Ke?

Share

Penggunaan pelitup muka atau facemask adalah item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan kuman yang terdapat di udara terutama di musim pandemik Covid19 ni. Memakai facemask juga salah satu dari prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4  termasuklah di Kuala Lumpur.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tak Gentar Dengan KKM & Kecaman, ‘Minah Saleh’ Buat Hal Lagi Tanpa Pelitup Muka

Namun, tular kembali sekeping gambar memaparkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter menunjukkan dua individu warga asing tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki di taman KLCC. Jelas sekali perkara ini telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

 

Pengguna Twitter ini turut meluahkan perasaan kecewa melihat hal begini masih berlaku lagi.

“Saya sangat marah sebab rakyat Malaysia pun patuh SOP tapi individu ini boleh berjalan sesuka hati tanpa pelitup muka?”.

Wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana ketika kejadian, dia hendak mengambil swafoto sambil membuka sebentar pelitup muka namun telah dihalang oleh pihak berkuasa di sana.

Namun, tidak pula kepada wanita ‘minah saleh’ di situ yang kelihatan jelas sedang berjalan di sekitar taman itu tanpa pelitup muka.

Malah ada juga warganet yang keliru dengan makna ‘Karen’

Rentetan dari itu menurut laporan Kosmo, polis telah membuka kertas siasatan berhubung penularan foto wanita warga asing tersebut.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan PPN) 2021,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pegawai polis ini juga menegaskan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP dan tindakan undang-undang akan diambil bagi mana-mana individu yang ingkar.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Kosmo / Twitter

Published by
Nana