DEGILNYA! Ramai Masih Pergi ‘Bazar Ramadan’ Di Pahang, Bahayakan Penduduk

Share

 

Ada sebab mengapa kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak memberi kelonggaran total untuk ke sini, ke sana.

Ini bagi memastikan rakyat kekal konsisten dengan langkah berjaga-jaga terhadap risiko wabak Covid-19 yang masih berleluasa.

Sebahagian besar daripada kita masih mematuhi arahan tersebut. Malangnya, ada di antara kita yang sudah mula melupakan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan diri sendiri dan orang awam.

Menurut catitan seorang pemilik akaun Facebook bernama Afdalina Nuraisya, situasi yang kelihatan seperti sebuah bazar Ramadan telahpun berlaku di Taman Tas, Kuantan Pahang.

Katanya, “Ini adalah gambar Taman Tas dari luar. Saya belum pergi ke dalam untuk melihat situasi sebenar, tapi dari jauh pun dah terkejut.”

“Pada mulanya saya terfikir untuk singgah membeli sesuatu selepas kerja. Tetapi akhirnya saya pulang saja selepas melihat situasi ini dari dalam kerja.

“Sewaktu musim PKPB ini, wabak Covid-19 berada di mana-mana. Bagaimanapun, pengunjung di sini nampaknya seakan tidak kisah. Ia sangat padat dengan pengunjung.”

Untuk pengetahuan, ini bukan satu-satunya lokasi yang dikunjungi orang ramai selepas kelonggaran diberikan pada minggu lalu.

Antara lokasi lain yang diperhatikan menarik perhatian ramai pengunjung adalah stor farmasi (drugstore) dan pasaraya tempatan; sehingga menimbulkan kegusaraan sekiranya kluster mangsa terbaru Covid-19 boleh muncul.

Walaupun kami faham keperluan peniaga yang perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga, namun situasi seperti inilah yang dibimbangi oleh ramai orang.

Ini baru satu tempat, cuba bayangkan jika budaya serbu ini ‘berjangkit’ ke kawasan dan negeri lain – kan dah susah.

Apa pandangan korang?

Published by
FZ