Definisi kecantikan sememangnya adalah sesuatu yang subjektif dalam diri semua orang. Tidak dinafikan, for girls who LIVE for new cosmetic products, mereka pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mendapatkan keluaran produk terbaharu pada setiap bulan. Tidak kurang juga, ada remaja yang memandang kecantikan dari sudut kekemasan dan penjagaan diri. Apabila diri kemas terjaga, keyakinan diri juga tampak lebih menyerlah.
Baru-baru ini, penggemar dunia kecantikan dan produk penjagaan diri di Malaysia telah menyambut baik kemasukan jenama K-beauty, Ulike ke dalam pasaran tempatan. Bagi korang yang baru pertama kali mendengar jenama ini, Ulike merupakan pengeluar produk-produk membuang bulu roma popular di Korea Selatan dengan menggunakan teknologi terkini.
Dalam banyak-banyak produk membuang bulu roma yang berada di pasaran antarabangsa, Ulike telahpun meraih respon memberangsangkan daripada pembeli apabila ia berjaya mengekalkan kedudukan jualan nombor satu untuk tujuh tahun berturut-turut di Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat! That must really mean their products work miraculously, right
!Rahsia di sebalik keberkesanan produk-produk dari Ulike ini terletak pada teknologi IPL yang menjadikan pembuangan bulu roma mudah dilakukan dan tanpa rasa sakit. Malah, perubahan jelas dapat dilihat dalam tempoh tiga minggu penggunaan sahaja (bergantung kepada jenis bulu roma pada tubuh pengguna).
Produk terbaru oleh Ulike yang diperkenalkan baru-baru ini bersama selebriti jemputannya seperti Uqasha Senrose, Fasha Sandha, Anzalna Nasir dan Aprena Manrose tidak lain tidak bukan ialah Ulike Sapphire Air-3. Bukan sahaja ia disyorkan oleh pakar dermatologi antarabangsa dari sudut keberkesanannya. Malah, Ulike Sapphire Air-3 juga dilengkapi dengan Sapphire Ice-Cooling Technology dan Graphene Cooling Solution VC Liquid Cooling Solution yang selamat digunakan terutamanya pada bahagian kulit sensitif.
Korang juga boleh mengubah mod penggunaan daripada Soft Mode untuk bahagian wajah, atas bibir dan bahagian intim ke Body Mode untuk kaki dan lengan serta Powerful Mode untuk bahagian dada dan bawah lengan.
Bercakap dengan salah seorang selebriti jemputan Ulike, Uqasha Senrose yang diangkat sebagai ‘Future Beauty of the Year’ pada acara tersebut, pelakon jelita itu cukup berbesar hati untuk penghargaan yang diberikan. Tambahan pula, jenama Ulike baru bertapak di Malaysia dan mereka sudahpun mempercayai Uqasha sebagai selebriti bertepatan dengan sasaran jenama itu.
“Jujurnya, saya ada mengikuti perkembangan jenama ULike di luar negara seperti di Korea Selatan dan China. Tetapi ini adalah kali pertama saya mencubanya bersama-sama tiga lagi selebriti lain. Tentunya kami berbangga memandangkan tidak ramai selebriti yang terpilih pada hari ini.”
“Ulike adalah di antara jenama paling ke hadapan untuk menghilangkan bulu roma efektif tanpa cukuran. Saya tidak lagi wajib bergegas ke salun selepas ini jika kesuntukan masa. Apatah lagi kini saya sudah berumah tanggah, saya ada alternatif lain untuk melakukan proses menghilangkan bulu roma di rumah sahaja.
“Sebagai selebriti, saya bersyukur adanya teknologi terkini seperti yang diperkenalkan oleh ULike kerana ia menyenangkan keperluan kita semua di Malaysia untuk menjaga kekemasan peribadi. And boys! This is not just for girls, lelaki pun boleh mencubanya,” ujar Uqasha.
Jika korang juga teruja seperti Uqasha Senrose untuk mencubanya di rumah, Ulike Sapphire Air 3 kini hadir dalam dua warna berlainan iaitu ungu dan merah jambu. Pembeli di Malaysia boleh mendapatinya di platform rasmi Ulike di Shopee dan Lazada.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Bermisai & Berbulu Tebal Viral Di TikTok, Kenali Sindrom Hirsutism – REMAJA
Untuk yang ingin mengumpul bajet secukupnya sebelum membeli, tak ada masalah pun kerana Ulike bakal melancarkan stor fizikal pertamanya di Malaysia pada suku pertama tahun 2024. Jadi, sempatlah untuk korang bersiap sedia dengan bajet masing-masing, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.