Lebih kurang tinggal beberapa hari lagi penganut beragama Buddha bakal menyambut Tahun Baru Lunar dan pada tahun ini merupakan Tahun Harimau, iaitu haiwan ketiga dalam kitaran 12 haiwan dalam Zodiak Cina.
Seperti biasa setiap kali menyambut perayaan, pastinya kebanyakan tempat di seluruh dunia membuat dekorasi sempena meraikan hari istimewa ini. Ketika seluruh negara membuat persediaan menyambut Tahun Baru Lunar, maka banyaklah dekorasi harimau yang muncul di tempat awam.
Gambar harimau kurus itu telah tular di laman Facebook SG Kaypoh 人! dan rata-rata warganet terhibur melihat kegagalan ciptaan ‘harimau jadian’ ini.
Ads
Ads
Ads
Walau bagaimanapun, selepas gambar itu menjadi tular, dikhabarkan pihak berkuasa telah pun mengalihkannya buat sementara waktu supaya mereka boleh memperbaikinya semula.
Hm, apalah yang difikirkan oleh pihak yang bertanggungjawab meletakkan harimau ini di taman tersebut kan. Takkanlah mereka tak nampak bagaimana kejadian pelik harimau ini sebelum dipamerkan? Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam situasi orang ramai terlalu berjaga-jaga kerana khuatir dijangkiti COVID-19, masih ada lagi individu yang tidak bertanggungjawab memandang perkara ini dengan remeh.
Sebuah video di laman Tik Tok menunjukkan seorang remaja menanggalkan gelang pink gara-gara ingin keluar bersiar-siar menjadi tular dan dek kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu, gadis tersebut dikatakan telah dikompaun oleh pihak polis sebanyak RM5,000.
Dia pakai gelang pink lepastu cabut sebab nak keluar ! Tolong lah jangan bodoh pic.twitter.com/9BMykVSPBA
Menurut Harian Metro, selepas mengenalpasti video itu, polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran KKM.
Di dalam video itu, remaja tersebut turut berseloroh mengatakan bahawa ‘gelang’ itu dibeli oleh ibunya sambil menunjukkan kepada rakannya.
Difahamkan ketika itu, dia hanya singgah di rumah kawannya di kawasan berkenaan. Remaja itu menjalani ujian swab pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.
Haih, sungguh tidak bertanggungjawab tindakan yang dilakukan oleh individu itu.
Kompaun yang dikenakan adalah di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Pihak polis turut menasihati masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19. Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Hm, kan tak pasal-pasal dah kena denda RM5,000. Perkara seumpama ini tidak wajar untuk dipandang remeh kerana ia melibatkan ramai pihak sekiranya kes positif COVID-19 dikesan daripada individu itu.
Di harap masyarakat lebih sensitif dan tidak mementingkan diri sendiri dalam melakukan tindakan yang tidak wajar.
Berita baik buat penerima suntikan vaksin AstraZeneca (AZ), Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa jarak masa dos kedua akan dipendekkan daripada 12 minggu ke sembilan minggu.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) minggu lalu berikutan ketibaan 1 juta dos vaksin yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun semalam.
“Berdasarkan kepada cadangan jawatankuasa teknikal bawah JKJAV dan ketibaan sumbangan vaksin dari Jepun ini, kita akan mengurangkan sela masa antara dos dari 12 minggu ke sembilan minggu,” jelas Khairy.
Vaksin berkenaan akan dibawa ke pusat penyimpanan sebelum ia segera diedarkan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Selain itu, keputusan pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk remaja berusia 12 tahun ke atas akan diumumkan dalam masa terdekat.
Orang ramai juga dilihat sudah menerima temu janji suntikan kedua AZ dan rata-rata daripada mereka telah memuat naik ‘khabar baik’ itu di media sosial.
Sudah tentu ramai yang teruja dan berasa lega untuk melengkapkan dos vaksin bagi menular wabak pandemik ini. Bagi mereka yang belum dapat sebarang temu janji vaksin lagi, jangan berputus asa kerana giliran korang pasti akan tiba tidak lama lagi.
Sama-sama kita berdoa agar inisiatif pemberian vaksin ini berjaya memutuskan rantai virus COVID-19 dalam masyarakat Malaysia.
Ramai tahu perkataan saka. Bila berubat dengan pengamal perubatan, ramai akan menyebut, kau nie ada saka. Sama ada saka keluarga atau dihantar melalui sihir.
Di sebalik saka, ia sebenarnya ada tujuh jenis saka. Pengguna fb atas nama Saudagar Bermudik berkongsi jenis-jenis saka untuk kita lebih memahami tentang istilah saka ini.
1-Saka adalah bermaksud yang dipuSakai. Dipusaka daripada keturunan atas daripada sebelum kita sama ada daripada keturunan bapa atau ibu.
2-Saka juga didatangkan oleh sebab sikap dan kelakuan kita yang jauh daripada petunjuk ALLAH SWT.
Firnan ALLAH:
"Dan sesiapa yang tidak endahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu syaitan itu menjadi temannya yang tidak renggang daripadanya dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka sangka bahawa mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk,” (al-Zukhruf [43:36-37]
Ianya juga dikenali sebagai sebahagian daripada jenis istidraj daripada ALLAH SWT.
3-Saka yang diupah daripada tukang tukang sihir
Ianya terjadi berpunca daripada dendam, hasad dengki yang memuncak daripada hati orang lain yang mempunyai sifat khianat yang kuat daripada orang tertentu yang memusuhi orang tertentu. Saka mudah dihantar dan memasuki tubuh jasad orang yang didendami sekiranya orang trsebut tiada hubungan hati dan hubungan taqarub kerohanian serta iman yang tinggi kepada ALLAH SWT.
4-Saka yang datang atas daripada ilmu yang dituntut
Dalam konteks ini saka atau jin, syaitan yang berdamping kepada diri seseorang itu sendiri yang menerima saka dengan menerima daripada hasil ilmi kebatinan keduniaan yang dituntut sama ada dengan menerima amalan tertentu daripada guru guru yang tiada mutawatir sahih ilmunya dalam perjalanan as sunnah dan muktabarah dengan Al Quran dan hadis.
Mengandungi kalam seruan nama nama khadam bangsa jin. Fikrah ilmu wasilah serta waqik ilmu tiada niat menuju kepada ALLAH bahkan mempunyai jalan nawaitu unsur syirik kepada ALLAH dan niat hanya ghairullah semata-mata.
5-Saka yang diterima daripada penerimaan barang barang tertentu
Seseorang yang menerima makhluk dampingan jin saka yang diserahkam secara dia menerima pemberian barangan jisim seperti keris lama, cincin, wafaq, keris kecil besi kuning, lembing ,lesung lama dan berbagai bentuk medium jisim dan benda dengan disokong niat cenderung si penerima atas hajat tertentu yang membawa kepada ghairullah/selain daripada makbud kepada ALLAH.
6-Saka yang diambil terus daripada orang atau guru ilmu kebatinan yang sesat
Cara ini diketahui dengan kaedah senang diisi, dimasukkan, dipindahkan oleh seseorang individu yang mempunyai khadam jin atau dampingan kaum jin untuk tujuan tertentu daripada jalan keduniaan. Contohnya seperti kebal besi, kebal peluru, penunduk, penggerun, pelaris niaga, memperdaya manusia dan lain-lain. Kaedah mengisi ini biasanya menggunakan kaedah jabat salam, kaedah tekap tulang belakang, kaedah ikat tangkal, kaedah membaca dan melafaz mentera daripada guru kebatinan songsang tersebut.
7-Saka yang datang berdamping kepada diri dengan mengamal ilmu ilmu keruhanian tanpa bimbingan guru yg sahih muktabar manhaj ilmu nya
Tersohor dikenali dengan istilah gila isim atau gila menghafal jampi, nama- nama kalam tertentu tanpa tahakiq memahami isi waqik pengisian maksudnya. Tiada bimbingan dan jazam daripada guru/murabbi yang menunjukinya pada landasan ilmu yang benar. Mudah orang begini disesatkan oleh kaum jin dan syaitan dan terjerumus dia pada perangkap Iblis.
Semua jalan jalan saka ini adalah warisan fitrah tipu daya Iblis, jin, syaitan yang sememangnya sudah azali kerja sifatnya mendorong manusia untuk jauh dan sesat daripada jalan ALLAH SWT yang haq.
Hanya manusia yang tulus ikhlas beriman dan bertauhid jazam kpd ALLAH SWT sahaja yang duduk dalam kesejahteraan, keselamatan dan kotaNYA.
Usahakan diri untuk mendekati para guru yang sahih jalan kemursyidannya yang mutawatir pada jalan salik tariq yang benar laluan sanadnya kepada para masyaikh, alim ulamak sufi yang alim syariat dan alim hakikat dan sampai susur salasilah kepada rantaian para tabiin² yang bertali susurnya kepada Habibullah Rasulullah yakni Nabi Muhamad SAW.
Semoga dapat memberi sedikit pembukaan/futuhat dan petunjuk untuk sama-sama kita membawa diri ke jalan yang lurus.
Ameen istajibillah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktor berbakat besar, Nadhir Nasar, tampil berkongsi tahun ini dia diberi peluang besar untuk membawakan watak yang cukup mencabar dalam sebuah telefilem raya bertajuk...