Setelah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Januari 2022 lalu, pempengaruh dan YouTuber Athisha Khan, 24 tidak menunggu tempoh yang lama untuk menamatkan zaman bujang.

Seperti yang pernah diberitahu oleh Athisha kepada REMAJA beberapa hari lalu, dia dan pasangan; Wan Amirul Haiqal enggan mengikat tali pertunangan untuk tempoh yang terlalu lama. Keputusan tersebut juga telah dilakukan atas nasihat dan pandangan mereka yang dekat dengan diri pasangan itu.

Lantas, dengan sekali lafaz saja, adik kepada Noor Neelofa ini telah selamat bergelar isteri kepada Haiqal dalam sebuah majlis ijab kabul di Pusatu Konvensyen Sime Darby, hari ini.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa Athisha iaitu Datuk Abdul Halim Khan di mana pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak laki dan saling menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis masing-masing setelah selamat disatukan.

Seperkara elemen istimewa yang menjadi bualan warganet terutamanya pengikut Athisha tentunya adalah dekorasi rekaan Reka Teemor yang mengubah dewan tersebut menjadi lokasi pernikahan dalam taman.

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Kalau korang masih ingat, Reka Teemor juga merupakan pereka acara yang bertanggungjawab ke atas dekorasi majlis perkahwinan dua orang kakak serta abang Athisha dua tahun kebelakangan ini; iaitu majlis Mohamed Aqief, Noor Nabila Noor dan tentunya, majlis Noor Neelofa dengan reka bentuk pelamin Jabal Rahmahnya yang menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN : Konsep Pelamin ‘Jabal Rahmah’ Neelofa – PU Riz Ada Makna Mendalam – REMAJA

Ads

Untuk majlis Athisha dan Haiqal ini, pengasas Reka Teemor iaitu Faiz Sabari telah menampilkan konsep ‘Brighton Garden’ yang mungkin sekali diilhamkan daripada konsep taman Inggeris seperti yang ada di Brighton UK. Ini memandangkan hubungan pasangan tersebut telah bertambah rapat setelah mereka memilih United Kingdom sebagai lokasi melanjutkan pengajian; Athisha di University of Birmingham manakala Haiqal di Coventry University.

Sedari melangkah di pintu gerbangnya, perasaan seakan berada dalam taman dapat dirasai seperti yang korang lihat dalam foto di bawah ini.

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Tambah istimewa apabila langkahan Athisha di laluan ‘aisle’ menemukannya dengan frasa ‘Till Forever’ ataupun sehingga selamanya sebelum dia berada di bawah gazebo di tengah laluan.

Ads

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Hiasan pelamin Athisha dan Haiqal juga tidak kurang memukau apabila ia dipenuhi dengan pelbagai gubahan flora yang mempunyai estetika ‘taman liar’ indah.

Ads

Tambahan pula dengan pemilihan gaun serba putih rekaan Alia Bastamam Atelier hari ini, imej Athisha sebagai pengantin perempuan yang moden namun masih mempunyai nilai sentimental serta romantik cukup terserlah.

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Dekorasi ‘Taman Brighton’ Jadi Saksi Kepada Majlis Ijab Kabul Athisha Khan & Haiqal

Kami di REMAJA mengucapkan tahniah untuk kedua mempelai dan mendoakan agar hubungan kalian menerima barakahNya dan kekal hingga ke akhir hayat.

BACA LAGI : Athisha Khan Rai Hari Graduasi Bersama Keluarga, Tak Kisah Tidak Konvo Di UK – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI