Demam Kasut Bata Penangan Kurt Cobain Bakal Melanda Minggu Ini

Share

Apa perkara pertama bila kamu mendengar jenama Bata? Paling tidak, kasut sekolah akan terus bermain di minda. Tapi jangan pandang jenama berasal dari Czech Republic ini dengan sebelah mata. Sebagai jenama yang telah diperkenalkan pada tahun 1894 oleh Tomas Bata, jenama ini mempunyai sejarah cukup kaya.

Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, penggemar sneakers dan Nirvana atau mendiang Kurt Cobain telah heboh memperkatakan tentang kemunculan semula kasut Bata model Hotshot yan dikeluarkan di menerusi edisi Bata Heritage.

Apa kaitan kasut Bata ini dengan Kurt Cobain? Selaku legenda grunge dan juga salah seorang pemuzik moden yang telah berjaya mengubah lanskap peta muzik dunia, pengaruh Kurt Cobain masih lagi kuat berakar umbi di hati peminatnya. Muzik Nirvana merupakan seni yang tidak akan pernah luput ditelan zaman. Dan dengan pengaruh itulah membuatkan apa sahaja yang disentuh oleh mereka akan menjadi perhatian peminatnya.

Bata Hotshot dahulu merupakan antara sneaker kegemaran Kurt Cobain selain jenama lain seperti Converse One Star, Chuck Taylor dan Jack Purcell. Dahulu model Bata Hotshot ini merupakan hasil sebuah kolaborasi Bata bersama sebuah lagi jenama popular pada tahun 70-an, Wilson.

Untuk edisi yang dikeluarkan semula pada kali ini, Bata memperkenalkan 3 jenis warna iaitu hijau, biru navy

dan warna ikoniknya, hitam dan kuning seperti yang dipakai oleh Kurt Cobain. Ia telah mula dipasarkan di beberapa buah negara sejak beberapa bulan lalu.

Namun kini tiba giliran untuk peminat kasut ini di Malaysia untuk mendapatkannya di butik mereka. Bata telah mengumumkan ia akan mula di jual bermula jam 10 pagi, 18 November 2017 di butik mereka di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur. Kasut yang pastinya menjadi rebutan peminat grunge ini berharga RM299 dan hanya boleh didapati di lokasi yang dinyatakan sahaja.

Menurut tinjauan Remaja di beberapa laman jualan talian seperti di Mudah.my dan Carousell, harga jual semulanya mencecah sehigga RM650.

Remaja berharap tiada lagi kes tumbuk-menumbuk berlaku untuk release kasut ini. Beraturlah dengan baik dan tersusun serta berhemahlah antara satu sama lain. At the end of the day, it just a pair of shoes!

Kepada yang ingin mendapatkan kasut ini Remaja ucapkan good luck!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim