Demi Belajar Bidang Kejuteraan, Pelajar Ulang Peperiksaan Sama Walaupun Markah 99.9%

Share

The struggle is real, guys!

Secara umumnya peperiksaan dilakukan untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti. Peperiksaan juga merupakan salah satu jalan yang cerah untuk kecemerlangan ilmu dan kehidupan di masa hadapan di samping menilai kemampuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Hal ini apa yang terjadi pada dua pelajar di India yang nekad ambil peperiksaan semula hanya kerana ingin mendapat markah 100%.

Sumber Gambar : Indian Today

Pelajar yang dimaksudkan ialah Mridul Agarwal dan Kavya Chopra yang bertekad untuk mencapai markah 100% dalam peperiksaan Joint Entrance Examination (JEE) yang diambil.

Untuk pengetahun semua, ujian kelayakan ini merupakan ujian penting di India dalam memberi peluang buat rakyat India untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuteraan.

Yang menarik perhatian dunia ialah apabila kedua-dua pelajar ini masing-masing sudah berjaya memperoleh markah 99.99% dan 99.97%. Namun, kedua-dua mereka masih belum berpuas hati selepas gagal peroleh markah penuh sekaligus memilih untuk jalani peperiksaan yang sama buat kali kedua.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kegigigihan mereka mengulang kaji pelajaran selama enam hingga lapan jam sehari berbaloi. Menurut Times Now News,  kedua-dua pelajar ini berjaya memperoleh markah 100% pada peperiksaan yang diambil kali kedua.

Kejayaan yang diperoleh berjaya meletakkan mereka dalam kelompok 13 individu terbaik daripada 600,000 individu yang mengambil peperiksaan JEE pada bulan Mac. Semoga usaha keras pelajar ini membolehkan mereka menyertai universiti pilihan mereka dalam bidang kejuteraan. Hmm….kita kalau dah dapat markah 90% tu dah bangga habis dah Siap mak buat kenduri pulut kuning. hiks

Published by
Nana