Demi durian, apa saja boleh termasuklah menaiki helikopter untuk memuaskan nafsu makan raja buah itu!
Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan yang dilaporkan bergelar Datuk apabila beliau sanggup menempah perjalanan menaiki sebuah helikopter dari ibu negara Kuala Lumpur untuk ke Segamat, Johor demi ‘melayan’ rasa durian di sebuah ladang durian bersama rakan-rakannya.
Menurut satu laporan media, Datuk tersebut telah menempah sesi bufet durian untuk empat orang di ladang durian Kampung Bangas, Segamat yang dimiliki oleh individu yang dikenali sebagai Lokman Hakim Johar.
Katanya, beliau enggan pilihan durian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Musang King atau D24. Sebaliknya, beliau inginkan durian tempatan dari Segamat kerana keistimewaannya yang tidak diketahui ramai.
Kongsi pemilik ladang, ahli perniagaan dan rakan-rakannya itu menempah lima biji durian untuk dimakan di sana dan membawa pulang 20 lagi biji durian untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.
Khabarnya, setiap seorang hanya perlu mengeluarkan RM88 sahaja untuk bufet durian tesebut dan RM25 setiap seorang untuk hidangan Ikan Baung yang dijamu kepada mereka di sana.
Haa, sejauh mana korang sanggup ‘travel’ untuk menikmati durian?
Sumber Foto : Facebook Lokman Hakim Johar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fan Page Pok Ya Cong Codei Di Facebook Cecah 3,300 Ahli, Kenapa Netizen Suka Sangat?
Walaupun baru 6 hari berlalu sejak ditayangkan pada 20 Januari lepas melalui saluran 131 Astro Citra, telefilem Pok Ya Cong Codei kini sudah hangat menular di media sosial.
Bagi korang yang tidak tahu-menahu tentang telefilem tersebut, ia mengisahkan seorang samseng dari Kelantan yang ditugaskan mencari anak seorang businessman di Kuala Lumpur.
Semasa misi pencarian itulah, berlakunya macam-macam aksi, emosi dan dialog lucu membabitkan pelakon utamanya, Sabri Yunus serta pelakon lain seperti Fikri Ibrahim (Rashdan), Mustapha Kamal (Datuk Sahak) dan Uqasha Senrose (Aina).
Datuk Sahak yang sudah biasa melakukan kegiatan haram akhirnya terbongkar apabila Rashdan menceritakan rahsia haram beliau kepada anak perempuan Datuk Sahak, Aina.
Rupa-rupanya, Datuk Sahak pernah melanggar pemandunya yang juga merupakan ayah Rashdan dahulu kerana ayahnya ingin membongkar rahsia tersebut. Kini, Rashdan pula ingin menculik Aina untuk membalas dendam.
Lakonan setiap pelakon dalam telefilem ini diakui ‘kuat’ manakala dialognya pula dikatakan ‘punch’.
Sehinggakan frasa Cong Codei yang merujuk kepada ‘Hotel Con.Cor.De’ menjadi trending di Facebook dan Twitter. Malah, sebuah page peminat di Facebook juga telah dicipta oleh peminat cerita tersebut.
Tapi siapa sebenarnya inspirasi untuk watak Pok Ya ini?
“Sebenarnya, Cong Codei asalnya terjadi pada tahun 70 an. Apabila adik ipar saya cerikan kepada saya tentang kisah tersalah cakap tu, saya rasa boleh gunakan (idea ini) dan jadikannya satu cerita,” kata pengarah dan pelakon itu kepada Sinar Harian.
Namun begitu, watak Pok Ya hanyalah watak rekaan. Tiada apa yang sama dengan watak asal kecuali sifat-sifatnya.
“Pok Ya ini ‘gedebe’ iaitu seorang yang garang, tak boleh ditegur namun masih mempunyai hati yang baik, bijak dan boleh menyelesaikan masalah.
“Hati je kering, tapi orang masih hormat kepada dia. Oleh sebab saya nak orang betul-betul merasai sifat ‘gedebe’ tu, saya sendiri melakonkannya,” katanya lagi.
Kini setelah Pok Ya Cong Codei menjadi tular, ada kemungkinan juga telefilem ini bakal diterbitkan dalam bentuk bersiri.
“Ada perancangan namun masih lagi di peringkat awal perbincangan. Insya Allah.”
Netizen Gasak Kecek Kelate
Kalau diperhatikan di Twitter terutamanya, peminat telefilem itu tidak kering idea untuk menulis status dalam dialek Kelantan
smlm tgk dah pok ya cong codei..haha..oklah citernya..laki den tegelak2..ambui..syok no klo citer berbini muda..haha..ule mudo ( ulam muda)
— Syamimi.N (@GadisPanda) January 26, 2018
“Kalo bini aku keno bawo lari, sampai hujung dunio aku gi cari. Tapi kalu bini aku lari sendiri, duk belakang rumoh pun aku tak gi cari. Mudoh cari bini baru dari cari bini lari.” – Pok Ya Cong Codei
— MalaysiaKu Kelakar (@Oh_Malaysiaku) January 25, 2018
Malah, ada juga yang sempat menukar dialek video siri Spongebob Squarepants dengan dialek Kelantan menggunakan Madlipz.
Spongebob pergi Kelantan? ? #madlipz pic.twitter.com/XDhg6c6Omk
— AJQ HRS (@AjiqHaris) January 25, 2018
Hebat betul penangan telefilem ni. Mungkin ia akan menjadi selaris siri Mak Cun sehingga adanya pementasan teater, produk, iklan dan karnival? Sama-sama kita tunggu eh. Buat masa sekarang, jom tonton klip daripada Pok Ya Cong Codei:
Dan jangan lupa juga untuk mengikuti sesi Facebook Live dengan Pok Ya pada hari esok (Sabtu, 27 Januari) pada jam 2 petang!
Asal Kahwin Je, Dapat RM1,000 Daripada Kerajaan
Wow, berebutlah ramai remaja yang nak berkahwin selepas ini!
Manifesto baru ini telah diumumkan oleh parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan ia akan diaplikasikan untuk penduduk negeri Sabah sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini.
Manifesto itu didapati terkandung dalam pelancaran Ketua Umumnya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kota Kinabalu, semalam.
Tetapi ada syarat-syaratnya guys..
Hanya rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali PERTAMA saja yang layak untuk menerima token perkahwinan berupa wang tunai RM1,000 itu. Bagi mereka yang berkahwin untuk kali kedua tu, jangan berangan ya. Hiks!
Untuk pengetahuan, sempena musim PRN yang sedang hangat berlaku di negeri Sabah sekarang, pelbagai manifesto sedang dilayangkan kepada para pengundi di sana demi melobi menjadi kerajaan negeri.
Banyak juga yang diberikan oleh USNO kepada para pengundi jika mereka memenangi PRN ini.
Antara yang berkaitan dengan remaja Sabah termasuklah pembiayaan perubatan kepada rakyat Sabah sehingga RM10,000, bantuan khas RM500 kepada orang miskin/yatim/piatu dan wang tunai RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bagi pelajar yang mendapat tawaran ke IPT pula, mereka akan menerima RM1000. Di peringkat universiti, mereka akan mengutip dana RM10 juta untuk diserahkan kepada lulusan IPT bagi pembayaran kos PTPTN.
USNO juga ingin berusaha untuk menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Sabah.
Wow, banyak betul!
Harapnya jika mereka menang, kesemua manifesto yang dicanang ini mampulah ditunaikan. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam untuk menarik pengundi je tau.
Tragedi Banjir Pantai Timur, Bapa ‘Hilang’ Tiga Anak Perempuan Akibat Renjatan Elektrik
Tahukah korang lebih tinggi arus elektrik maka lebih tinggi risiko kematian? Ia boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut.
ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Terkena Renjatan Elektrik, Kudung Kedua-Dua Tangan dan Sebelah Kaki,”- Gadis Ini Tetap Yakin Sertai Pertandingan Ratu Cantik
Malah, hari ini satu beritasedih dan tragis diterima apabila seorang bapa kehilangan tiga anak perempuannya akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir di Pantai Timur.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi dipercayai terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir.
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jiran sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah. Menurut sumber, salah seorang daripada mangsa merupakan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Keadaan banjir di kawasan sekitar Bandar Baru Tunjong, Kelantan ini berlaku setelah hujan lebat turun lebih dari 24 jam. Orang ramai dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan melibatkan banjir.
TIP KESELAMATAN ELEKTRIK SEWAKTU MUSIM BANJIR
Oleh itu, kami kongsikan beberapa tip keselamatan elektrik ketika musim banjir.
Sebelum banjir
- Sekiranya mempunyai masa sebelum diarah berpindah, pastikan perkara berikut dilakukan:
-MATIKAN bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis utama pada kedudukan ‘OFF’.
-PASTIKAN semua suis dalam keadaan ‘OFF’ dan cabutkan palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik.
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepadaTNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan
Semasa banjir
- ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
- Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
- JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
- JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
- DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
- JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
- JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
- JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
- SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
- AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
Selepas banjir
- BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya.
- Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
- JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
- ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
- Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah.Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Harap kita semua berhati-hati pada musim tengkujuh ini. Kecuaian boleh mengundang padah. Moga bermanfaat kepada semua terutamanya mangsa banjir.
Sumber : BHarian, Suruhanjaya Tenaga, Giat Mara Parit Sulong
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.