Demi Durian, Lelaki Ini Sanggup Naiki Helikopter Dari KL Ke Segamat!

Share

 

Demi durian, apa saja boleh termasuklah menaiki helikopter untuk memuaskan nafsu makan raja buah itu!

Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan yang dilaporkan bergelar Datuk apabila beliau sanggup menempah perjalanan menaiki sebuah helikopter dari ibu negara Kuala Lumpur untuk ke Segamat, Johor demi ‘melayan’ rasa durian di sebuah ladang durian bersama rakan-rakannya.

Menurut satu laporan media, Datuk tersebut telah menempah sesi bufet durian untuk empat orang di ladang durian Kampung Bangas, Segamat yang dimiliki oleh individu yang dikenali sebagai Lokman Hakim Johar.

Katanya, beliau enggan pilihan durian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Musang King atau D24. Sebaliknya, beliau inginkan durian tempatan dari Segamat kerana keistimewaannya yang tidak diketahui ramai.

Kongsi pemilik ladang, ahli perniagaan dan rakan-rakannya itu menempah lima biji durian untuk dimakan di sana dan membawa pulang 20 lagi biji durian untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

Khabarnya, setiap seorang hanya perlu mengeluarkan RM88 sahaja untuk bufet durian tesebut dan RM25 setiap seorang untuk hidangan Ikan Baung yang dijamu kepada mereka di sana.

Haa, sejauh mana korang sanggup ‘travel’ untuk menikmati durian?

Sumber Foto : Facebook Lokman Hakim Johar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ