Agak geli dan menjijikkan! Namun ini realitinya, demi ‘mengisi’ perut Geng Plastik Hitam, peniaga sanggup sorokkan nasi dan lauk-pauk dalam tandas dan mesin basuh.
Seorang peniaga yang disyaki melakukan kegiatan jual beli kepada orang tidak berpuasa dalam operasi di Tangok, Bachok, Kelantan didapati menyorokkan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais telah dirampas.
Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, berkata, pihaknya memberi amaran kepada peniaga tersebut iaitu seorang wanita berusia 40-an yang juga pemilik rumah berkenaan.
Ads
Operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah itu menjual makanan dan minuman kepada ‘geng plastik hitam’.
“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas.
Ads
“Selain itu, kita juga menemukan teh O ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, pihaknya turut memberi nasihat kepada peniaga berkenaan agar tidak menjual makanan kepada individu tidak berpuasa.
Selain wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang. Wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh di Thailand hari ini (Khamis, 6 Oktober) dalam insiden tembakan rambang yang melibatkan pekerja dan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak.
Suspek yang berusia 34 tahun dikenali sebagai Panya Khamrab merupakan bekas polis yang telah diberhentikan perkhidmatannya atas salah laku berkaitan dadah.
Menurut laporan, 22 daripada mangsa merupakan kanak-kanak. Kejadian malang itu terjadi pada waktu makan tengah hari sebelum suspek tiba-tiba muncul dan menembak. Salah seorang staf yang terbunuh merupakan ibu mengandung lapan bulan.
Jurucakap polis, Paisan Luesomboon memberitahu penyiar ThaiPBS, lelaki bersenjata itu telah berada di perbicaraan mahkamah berhubung kes dadah pada pagi Khamis dan telah pergi ke pusat jagaan untuk mencari anaknya, tetapi tiada di sana.
“Dia sudah tertekan dan apabila tidak menemui anaknya, dia menjadi lebih tertekan dan mula menembak,” ujarnya.
Dalam kenyataan yang diberikan, suspek kemudian memandu pulang dan membunuh isteri dan anaknya di sana sebelum membunuh dirinya sendiri.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha yang terkejut dengan kejadian itu memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Tertulis di laman Facebooknya, Prayuth mengarahkan semua agensi merawat mangsa yang cedera dengan segera.
“Saya telah mengarahkan ketua polis negara untuk turun ke kawasan itu bagi mempercepatkan proses undang-undang serta-merta, selain meminta semua pihak berkaitan membantu segera semua yang terjejas,” tulisnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malang tidak berbau. Begitulah yang terjadi kepada seorang remaja perempuan, Alexa Terrazas, 23, yang melakukan yoga di balkoni apartmentnya tergelincir daripada tingkat enam selepas melakukan aksi dengan menggunakan ruang balkoni sebagai prop bagi posisi ekstrem senaman yoga tersebut.
Dia tergelincir dan mendarat di luar bangunan apartment di Mexico seperti yang telah dilaporkan oleh El Imparcial.
Pelajar tersebut dibawa ke hospital dan menjalani operasi pembedahan selama 11 jam. Alexa berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami 110 kepatahan tulang daripada keretakan dikedua belah kaki dan lengannya, pinggul serta kepala.
Doktor terpaksa ‘reconstruct’ kaki mangsa dan dilaporkan mungkin mengambil masa selama tiga tahun sebelum dia boleh berjalan semula. Warga net di media sosial turut meminta pertolongan daripada orang ramai untuk membantu menderma darah kepada Alexa.
Uish, korang kalau nak melakukan apa-apa aktiviti sekali pun, tolonglah utamakan keselamatan terlebih dahulu. Jangan buat perkara yang boleh mendatangkan musibah pada diri sendiri. Silap haribulan, korang juga yang kena tanggung akibatnya.
Nak melakukan aktiviti sihat tu memang bagus, tapi jangan sampai mengorbankan keselamatan diri. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran.
Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan seramai 539,284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 September tahun ini.
Jumlah ini adalah daripada 2,424,009 orang peminjam yang telah menamatkan pengajian dan patut mula membayar balik pinjaman mereka yang berjumlah hampir RM24.6 bilion.
Menurut laporan Sinar Harian, daripada jumlah itu seramai 1,884,725 orang peminjam telah membuat bayaran balik dengan 751,216 peminjam telah menyelesaikan pinjaman.
Seramai 427,861 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual bayaran balik, manakala 705,648 peminjam membuat bayaran balik namun secara tidak konsisten.
Sehingga 30 September lepas, PTPTN meluluskan pinjaman kepada lebih 3.5 juta peminjam dengan jumlah pengeluaran lebih RM64.8 bilion.
Hm, sekiranya korang peminjam PTPN dan sudah memperoleh pekerjaan, buatlah caruman pinjaman walaupun sedikit. Setidak-tidaknya ia tidak memburukkan rekod nama korang nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...