Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.
Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video. Pelbagai aplikasi yang digunakan seperti Microsoft Teams, Zoom, dan juga whatsapp.
Namun, bagaimana pula dengan para pelajar yang sukar mendapat capaian Internet demi menyiapkan tugasan yang diberikan guru?
Seperti di Indonesia, 21 pelajar dari daerah Istimewa Yogyakarta terpaksa mendaki gunung Temulawak untuk mencari talian internet bagi mengikuti kelas dalam talian kerana tiada akses Internet di kawasan kediaman.
Menurut Tribun News, daerah itu tiada akses talian telefon apatah lagi untuk akses internet. Mereka perlu mendaki gunung yang tinggi hanya untuk membuat tugasan sekolah, universiti yang berikan oleh tenaga pengajar.
Salah satunya Alodia Daffa Sinanta, pelajar di sebuah sekolah di kampung Dusun Petir B, Desa Petir.
“Ya betul, saya terpaksa bawa buku untuk mendaki gunung, memang letih apatah lagi kini sedang berpuasa,” katanya.
Ketua kampung juga bapa kepada Alodia, Warisna berkata, sejak penularan wabak koronavirus (COVID-19), pihak sekolah dan universiti menerapkan pembelajaran di rumah.
“Mereka perlu belajar secara online. Ini membuatkan 21 pelajar terpaksa mendaki gunung Temulawak setiap kali guru memberi tugasan.
“Anak-anak menaiki Gunung Temulawak yang cukup tinggi. Terletak di sebelah selatan Dusun,” katanya.
Katanya, pelajar-pelajar di kampung itu juga terpaksa menempuh perjalanan sekitar 250 meter untuk tiba di kaki gunung sejak sebulan lalu demi mendapat talian Internet.
Dalam perkembangan lain, seorang pensyarah Universitas Negeri Padang, Desri Nora berkongsi beberapa keping gambar pengorbanan para pelajarnya demi tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu.
Bila tengok kes macam ni, rasa bersyukurnya kita yang duduk di Malaysia ni kan.
Sumber: Sinar Harian