Apa gunanya kuasa media sosial jika tidak digunakan sebaiknya, kan?
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjadi topik perbualan warganet setelah beliau memulakan sebuah kempen media sosial demi membantu masyarakat di kawasan pentadbirannya.
Kempen yang digelar #BotakChallenge ini memerlukan orang ramai menderma kepada sebuah tabung kebajikan secara atas talian sekiranya mereka ingin melihat Syed Saddiq menggayakan stail rambut botak.
*Ah, that precious hair though!*
Kempen ini diinspirasikan daripada ‘ice bucket challenge’ yang pernah tular sekitar tahun 2018 di Malaysia. Namun #BotakChallenge mempunyai misinya sendiri untuk membantu masyarakat Muar yang memerlukan.
Menurut beliau di akaun Twitter, mereka ingin cuba memperolehi dana sebanyak RM200,000 bagi membeli 100 buah komputer riba yang berharga RM2000 setiap satu.
Komputer riba itu kemudian akan diagihkan kepada penerima yang layak berdasarkan kepada sistem data yang telah mereka kumpulkan sebelum ini. Setakat 24 jam selepas cabaran itu dimulakan, pihak #BotakChallenge telahpun berjaya mengumpulkan RM61,410!
Not bad for a social media challenge.
Di antara golongan yang layak memohon bantuan ini adalah pelajar universiti kelahiran Muar, Johor yang mempunyai jumlah pendapatan rumah kurang daripada RM1500. Buat masa ini, mereka menfokuskan kepada kuota 1 kediaman, 1 komputer riba.
Selain mendermakan dana, orang ramai juga boleh menyumbang dengan menghulurkan barangan (in-kind) dan juga komputer riba terpakai.
Seperti biasa, apabila seorang figura am seperti Syed Saddiq memulakan kempen yang mendapat perhatian orang ramai, tentunya akan ada pihak yang tidak akan berpuas hati dan mendakwa ia hanyalah sebahagian daripada cubaan publisiti oleh parti yang dikendalikannya, MUDA.
ARTIKEL BERKAITAN : “My First Business Journey!”, Syed Saddiq Kini Buka Restoran Dan Rakan Niaga Makanan Popular – REMAJA
Beliau tidak mudah melatah dan menyatakan objektif mereka jelas iaitu untuk membantu masyarakat Muar sebanyak mungkin.
“Membotakkan kepala ini hanyalah cara mempromosikan kempen. Apa yang lebih utama adalah kami mengajak lebih ramai pihak untuk menjana dana bantuan. Sekiranya kita berjaya mencapai sasaran, saya akan membotakkan kepala saya.
“Kami selalu ingin mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan program mengumpul danalebih menyeronokkan di samping mengajak lebih ramai orang menyertainya. Who says doing fundraising cannot be fun, ” jelas beliau.
*
Tinjauan REMAJA di akaun Twitter beliau juga melihatkan reaksi orang ramai mengenai cara yang harus beliau cuba untuk membotakkan kepala.
Ada yang mencadangkan beliau harus tampil botak mengikut peringkat dana. Ada juga yang mencadangkan jenis pencukur yang boleh beliau cuba. Macam-macam ya korang!
Bagi yang ingin tampil membantu, korang boleh KLIK DI SINI.
Sumber: Twitter @SyedSaddiq