Masalah dadah di kalangan selebriti Hollywood bukan lagi satu perkara asing. Walaupun hidup mereka penuh dengan glamor dan kekayaan namun masalah penyalahgunaan dadah terutama di kalangan selebriti muda semakin membimbangkan.
Terbaru Demi Lovato, penyanyi bersuara lunak yang popular dengan lagu hebat seperti ‘Warrior’ dilaporkan telah berdepan dengan masalah yang sama.
Menurut laporan TMZ, Demi Lovato telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan dari kediamannya di Hollywood Hills. Sumber dari pihak berkuasa tempatan juga mengatakan kejadian overdose telah berlaku di rumah Demi Lovato dan dia ditemui tidak sedarkan diri sebelum diberikan sejenis ubat dikenali dengan nama Narcan.
Narcan merupakan sejenis bahan yang digunakan untuk melawan atau mengundurkan kondisi overdose
dadah jenis opioid. Demi Lovato diberikan Narcan oleh salah seorang daripada rakan baiknya dan dikatakan sering dibawa bersama kerana dikhuatiri ia keadaan seperti ini berlaku.Tambah laporan dari UsWeekly, kawan kepada Demi Lovato sudah menjangkakan lambat laun perkara ini akan berlaku dan disebabkan itu Narcan sentiasa di bawa ke mana sahaja. Malam sebelum kejadian Demi dan rakan-rakannya telah mengadakan sebuah parti di rumahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gamer Profesional Putus Cinta Dengan Weather Girl Tercantik Dunia Kerana Video Game
Ibu Demi, Dianna De La Garza dilaporkan berada di sisinya dan sumber terkini daripada makciknya mengatakan dia telah sedar dan memberikan respons yang cukup positif.
Disebabkan jadian malang ini, saluran Fox mengumumkan program yang dibintangi Demi iaitu ‘Beat Shazam’ akan ditunda. Selain itu, konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada esok di Atlantic City, New Jersey juga terpaksa dibatalkan.
Ini bukanlah kali pertama berita tentang penyalahgunaan dadah melibatkan Demi Lovato. Malah sebelum ini dia secara terbuka pernah berkongsi masalah ini yang berlaku pada dirinya seawal usia 17 tahun.
Menerusi sebuah dokumentari berjudul ‘Simply Complicated’, dia pernah menceritakan masalah penyalahgunaan bahan terlarang ini semasa dia mula mencipta nama dalam program Disney, ‘Sonny With A Chance’.
Jelas Demi, masalah dadah bukanlah perkara asing dalam keluarganya. Malah bapanya juga merupakan seorang penagih dan juga kaki botol. Disebabkan itu dia menjadi keliru dan sering tertanya-tanya mengapa bapanya lebih menilih dadah dan alkohol berbanding keluarga.
Masalah ini tidaklah dipandang sebelah mata sahaja oleh Demi. Pada usia 18 tahun dia secara sukarela mendaftarkan diri dan mengikuti program pemulihan. Dan program tersebut berjaya…
…sehinggalah dia putus cinta dengan Wilmer Valderama enam tahun kemudian. Jelasnya, ketika itu dirinya rasa cukup keseorangan dan kesunyian. Itulah trigger yang menyebabkan dirinya terjerumus semula dengan dadah.
Berikutan kejadian ini, ramai rakan selebriti tampil memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Demi Lovato. Antara nama-nama popular dan rakan baiknya ialah Ellen DeGeneres, Lily Allen, Ariana Grande, Lady Gaga, Bruno Mars, Meghan Trainor dan ramai lagi.
Di Instagram-nya pula, lebih 140 ribu komen telah dicatatkan di foto terkini Demi Lovato. Rata-ratanya ialah ucapan untuk cepat sembuh daripada peminat dan tidak kurang juga yang mahu dia terus kuat melawan ketagihan ini.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kita semua terutama pembaca REMAJA. Ingat, dadah boleh membunuh!
Get well soon Demi Lovato!