..dan pelakon Disney ini sudah enggan lagi bergantung harap kepada ‘beauty filters.
Biasalah, apabila selebriti sepopular Demi Lovato memuat naik stail pakaiannya, potongan rambut terbaru atau apa saja mengenai imejnya, peminat di seluruh dunia terutamanya remaja perempuan di bawah usia 20 tahun akan cuba mengikut trend terbaru itu.
Tidak seperti kebanyakan selebriti Hollywood, Demi sentiasa dikenali sebagai seorang jujur dengan apa jua perkara berkaitan dirinya.
Baik buruk Demi akan dikongsi oleh empunya badannya sendiri agar remaja yang lebih muda daripadanya akan turut sama mempelajari daripada kesilapan lampau yang pernah dia lakukan.
Sebelum ini, Demi pernah menyuarakan masalah yang dihadapi dengan imej tubuh badan. Dia juga baru menukar imej dengan memotong pendek rambutnya agar merasa lebih ‘bebas’.
Terbaru menerusi video TikTok, Demi bercakap tentang trend menggunakan ‘beauty filter’ yang semakin digilai remaja.
Filter kini menjadi kewajipan ramai pengguna media sosial kerana masing-masing tidak yakin dengan wajah masing-masing semasa mengambil foto dan video.
Menerusi video itu, Demi menggunakan ‘beauty filter’ dan wajah serta merta kelihatan sedikit berlainan daripada biasa. Hidungnya kelihatan lebih mancung dan slim, kening lebih terangkat dan kulit yang lebih glowing.
Kata Demi, “Kulit saya tidak serata ini, saya perlu ke mengecilkan hidung? Mata saya nampak lain. Saya kelihatan tidak realistik.
“Saya mula sedar tentang (kesan filter) ini dan saya memohon maaf kerana mengunakannya tanpa menyedari kesan bahayanya.
“Bagaimana para remaja boleh menerima diri mereka seadanya apabila (para selebriti) juga menggunakan filter? Nasib baiklah filter ini tiada semasa saya berusia 13 tahun..,” jelasnya.
Terdahulu, ramai selebriti perempuan Hollywood yang telah menerima kecaman warganet apabila mereka ‘kantoi’ cuba menukar bentuk badan masing-masing dalam foto menggunakan photoshop.
Antaranya termasuklah Khloe Kardashian, Kylie Jenner, Rita Ora dan… err, hampir kesemua ahli keluarga Kardashian serta Jenner.
Everyone is beautiful in their own ways, embrace that.
Sampai bilalah kita hendak ‘bersembunyi’ di belakang filter saja. Nanti orang cakap, gambar tak serupa muka sebenar pula..
ARTIKEL BERKAITAN : 20 IG Filters Yang Best Korang Boleh Guna Untuk Hasil Gambar & Video Jadi Cantik – REMAJA