Ajal maut di tangan NYA, belum habis dengan isu masalah berkaitan syarikat penghantar makanan Foodpanda dengan para penunggang yang bekerja di syarikat itu.

Seorang rider motorsikal penghantar makanan Foodpanda maut selepas terbabit dalam kemalangan di Seksyen 20, Shah Alam petang semalam.

Demi Mencari Rezeki Halal, Remaja Rider Foodpanda Maut Di Langgar Lari

Lebih menyedihkan dan sadis, kemalangan maut yang melibatkan arwah Muhd Fadhil Asbullah yang berusia 20 tahun ini dilanggar dan dirempuh dari belakang ketika sedang bertugas menghantar makanan. Menurut rakannya mangsa merupakan seorang yang baik dan pendiam di dalam kelas.

Demi Mencari Rezeki Halal, Remaja Rider Foodpanda Maut Di Langgar Lari

Menurut pengguna yang menggunakan nama  Nur Irdina Nurazidinn melalui Page Negeri Sembilan Kini agar menghargai pengorbanan rider-rider ini dan jangan memandang rendah dengan perkerjaan mereka. Nur Irdina juga merupakan rakan sekelas mangsa kemalangan maut ini.

Ads

“Alfatihah untuk classmate saya . Muhd Fadhil Asbullah . Dia ni memang baik . Pendiam dalam kelas . Excident petang tadi dekat sek19/20 . Bawa foodpanda kena rempuh dari belakang ..

Info lanjut ..

انا لله وان اليه راجعون

Ads

Kemalangan maut melibatkan penunggang motor food panda di ss 20 S Alam. Memang ajal maut di tgn Allah ttp sememangnya aku sangat tak sampai hati tgk rider2 food panda/ pizza dll. Sbbtu..bila order je..mesti aku lebihkan duit utk mrk. Nampak berserinya muka adik2 tu wpun hanya rm3/5 lebihan. Tak kesahlah mrk Muslim atau tidak. Rasa kemanusiaan itu melangkaui perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Sedar tak? Kita tak tahu doa siapa yg boleh tembus ke arasyh Allah. Mungkin hanya dgn rm2 yg penuh rasa keikhlasan itu..ditambah dgn bunga2 keseronokan si penerima td menerima tips…ia dpt “menyentuh rahim” Allah.  RM2 mungkin tk bernilai pd kita ttp amat bernilai buat mrk.

Budak2 rider ni ada juga di kalangan yg ada degree. Begitu susahnya utk hidup sekarang. Syabas kpd adik2 ini yg berusaha gigih utk dapatkan rezki yg halal. Sudah tentu ada di kalangan mrk yg bantu ibu bapa/ adik2 bersekolah/ utk memastikan anak bini dpt makan. Betapa pilu pula andai pintu rumah dibuka riang menunggu papanya pulang ttp polis yg datang memaklumkan satu kehilangan  yg tak mungkin pulang.

Ya…maybe ada segelintir mrk yg tak berapa jaga keselamatan..bawa laju dsbnya, ttp..kita pemandu yg lain…sama2lah berhati2. Kasihani dan hormatlah mrk wpun kita di dlm kereta besar yg tak kena panas dan hujan.

Ads

Buat adik2 rider yg membantu kami mengenyangkan perut yg lapar… berhati2lah sentiasa ye. Alangkah pilu rasa hati seandai melihat makanan yg bertaburan bersama arwah. Semoga arwah sentiasa dlm rahmat Allah di hari penuh barokah ini. Melihat mereka…sentiasa teringat anak2ku jua yg semakin meningkat.

Demi Mencari Rezeki Halal, Remaja Rider Foodpanda Maut Di Langgar Lari

Sehubungan dengan itu, menerusi posting yang dibuat pengguna tersebut, beliau sempat menasihati semua rider Foodpanda supaya berhati-hati di jalanraya.

Apapun Remaja mengucapkan takziah buat keluarga mangsa dan Al-fatihah buat arwah. Semoga arwah mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Sumber Nur Irdina Nurazidinn

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI