Demi Mengejar Cinta Ilahi, Pasangan Ini Hanya Berbasikal Selama 420 Hari Untuk Ke Tanah Suci Mekah

Share

Setiap yang bergelar umat Islam sudah pasti memasang angan dan impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Rukun Islam kelima.

Tidak kira sama ada melalui jalan darat mahupun udara, pastinya masing-masing berusaha untuk menjejakkan kaki di sana.

ARTIKEL BERKAITAN : “Syukur PadaMu..” Anita Yusof Jadi Muslimah Solo Pertama Tiba Di Mekah Naik Motosikal

Demi mengejar cinta yang satu, tular di media sosial apabila pasangan suami isteri yang lebih dikenali sebagai Ahmad Isa dan Adilah menuju ke tanah suci tersebut dengan berbasikal sahaja.

Hanya menggunakan dua buah basikal sebagai pengangkutan utama, pasangan ini berjaya mengayuh basikal selama 420 hari untuk menjejakkan kaki ke Bumi Mekah Al-Mukarammah.

Walaupun kedengaran agak mustahil, namun bagi pasangan merpati dua sejoli itu, ia adalah satu cabaran buat mereka.

Malah, mereka juga telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa dengan hanya berbasikal, berbekalkan azam dan semangat yang kuat merentasi 14 buah negara, pasangan itu akhirnya berjaya menjejakkan kaki demi mengejar cinta Ilahi.

Perkongsian tersebut dikongsikan Ahmad Isa menerusi platform media sosial TikTok dan Instagram miliknya.

“Air mata tak berhenti tengok video ini, adakah ini rindu?” coretnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, pelbagai dugaan dan cabaran yang telah dilalui oleh mereka bersama, sepanjang perjalanan ke sana.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan teruja dan memuji tindakan pasangan itu. Hal ini kerana bukan mudah untuk merealisasikan sesuatu impian.

“Allahu Akbar, MashaaAllah… kuat semangat betul tuan Ahmad dan Ustazah Adilah. Punya hati yang cekal, tabah, yakin yang tinggi pada Allah,” komen seorang pengikutnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Ahmad Isa

Published by
Fath