Sahut Seruan PKP, Tiada Tepung Pelita Paya Jaras Untuk Tahun Ini

Share

Bila tibanya bulan Ramadan, antara juadah yang paling dicari-cari oleh orang ramai sudah semestinya kuih tepung pelita. Maklumlah kuih ini selalunya hanya boleh dapat dalam bulan puasa je.

Sesuai untuk dimakan oleh semua golongan umur, tepung pelita yang dijual di bazar Ramadan pun selalu ‘laku keras’ dan habis. Dalam banyak-banyak kuih tepung pelita, Tepung Pelita Paya Jaras yang paling terkenal dalam kalangan warga Kuala Lumpur kerana dikatakan masih menggunakan resipi yang diwaris sejak sekian lama.

Namun berita tidak baik untuk semua pengemar kuih ini, pengusaha Tepung Pelita Paya Jaras mengatakan penjualan kuih tradisional popular ini tidak akan beroperasi untuk Ramadan tahun ini memandangkan pandemik COVID-19 melanda negara.

Mengakui ramai yang kecewa dengan keputusan untuk tidak membuat kuih berkenaan tahun ini, pemiliknya, Watie Abdul Rahman, 48 tahun dan suami, Nadzri Taris, 46 tahun terpaksa berbuat demikian demi kebaikan semua rakyat Malaysia.

Memetik laporan Awani, pengusaha mengatakan apabila berniaga, mereka memerlukan pergerakan yang banyak untuk memenuhi permintaan dan barang-barang yang disalurkan kepada orang.

Maka, demi menyahut permintaan kerajaan menyarankan untuk patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19, pengusaha mengambil keputusan untuk tidak menjual bagi Ramadan tahun ini.

Beliau mengakui keputusan untuk tidak membuat jualan Tepung Pelita terkenal itu tahun ini mungkin menjejaskan satu-satunya pendapatan beliau dan suami semasa bulan Ramadan. Namun, baginya, keuntungan adalah perkara kedua, dan lebih penting adalah usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Begitu juga terhadap jualan dalam talian, mereka tidak akan melakukan operasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang pergerakan terutama sepanjang PKP.

Adui, baru terasa- rasa kesedapan kuih tepung pelita dekat tekak penulis ni. 

Sumber : Astro Awani

 

Published by
Nana