Demi Nyawa Si Bulus, Kaki Gadis Muda Ini Terpaksa Dipotong Setelah Digilis Lori

Share

Nyawa menjadi pertaruhan apabila gadis muda berusia 12 tahun di  Daerah Bilah Hilir, Sumatera Utara mengambil keputusan untuk menyelamatkan seekor kucing yang hampir dilanggar sebuah lori.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih & Pilu, Pemuda Tergamak Seksa Anak Kucing Sehingga Mati

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar jam 12.45 tengah hari, 21 Julai 2023, mangsa yang dikenali sebagai, Nabila Febrianti sedang berehat di anjung bahagian hadapan rumah.

Gadis tersebut yang sedang berehat dilaporkan ternampak seekor kucing sedang berlari ke arah jalan dan dalam masa sama sebuah lori yang membawa bahan binaan datang dari arah bertentangan menggunakan jalan yang sama.

Bimbang dengan keselamatan haiwan itu, Nabila segera berlari dan menyelamatkan kucing tersebut.

Meskipun pemandu lori sempat menekan brek dan membelok ke kiri, tetapi mangsa tidak sempat mengelak dan akhirnya terjadilah kejadian yang tidak diingini tersebut.

Kaki gadis berjiwa murni itu dilaporkan digilis oleh tayar lori yang menyebabkan kecederaan parah. Tulang kakinya juga hancur dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak hospital melainkan kakinya dipotong.

Nabila kini sedang menjalani rawatan pesakit luar di sebuah rumah sewa tidak jauh dari hospital, memandangkan rumah keluarganya agak jauh dari hospital.

Sementara itu, pemandu lori terbabit yang sebelum ini dinamakan sebagai suspek, mengambil keputusan untuk berdamai dengan keluarga mangsa dan berjanji akan menanggung kos perubatan gadis muda tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO/ARTIKEL: The Reporter

Published by
Adriana Syaurah