Demi Piala Dunia FIFA 2022, Qatar Benar Bendera ‘Pelangi’ Berkibar Di Stadium

Share

Jika sebelum UAE mengumumkan beberapa perubahan demi menarik perhatian pelabur dan pelancong asing salah satunya termasuklah pengambilan alkohol di tempat awam yang kini bukan lagi satu bentuk kesalahan di sana.

Sumber Gambar : DW.com

Terbaru, Qatar mengikut langkah jirannya apabila dilaporkan bakal mengibarkan bendera pelangi di stadium ketika perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 berlangsung kelak dan melonggarkan undang-undang anti-LBGTQ.

Ketua Pegawai Pendidikan dan Tanggungjawab Sosial FIFA, Joyce Cook berkata, ia berikutan negara berkenaan mematuhi garis panduan FIFA yang mahu mempromosi nilai toleransi dan keterbukaan dalam setiap perlawanan yang dianjurkan.

“Saya sendiri seorang ‘perempuan gay’ yang terbuka dalam bola sepak. Jadi secara peribadinya, saya telah cuba lakukan yang terbaik.

Sumber Gambar : Daily Mail

“Kita akan melihat perubahan yang progresif dalam semua aspek, termasuklah bendera pelangi dan t-shirt (mempromosi LGBTQ) yang dibenarkan dalam stadium. Mereka (Qatar) memahami kehendak kami dengan begitu baik,” katanya kepada pemberita AP, memetik laporan Daily Mail baru-baru ini.

Difahamkan, semua paparan yang mempromosi LGBTQ tidak akan dihalang untuk dipasang di stadium.

Selain perubahan itu, Ketua Eksekutif Piala Dunia 2022, Nasser Al-Khater berkata, pihaknya (Qatar) tiada sebarang masalah untuk melaksanakan saranan FIFA tersebut, malah apa yang dicadangkan, semuanya diraikan secara terbuka.

“Kami ialah negara yang konservatif, bagaimanapun kami juga sebuah negara yang terbuka. Kami memahami perbezaan budaya dalam masyarakat. Kami juga memahami perbezaan kepercayaan manusia, jadi saya fikir, semua orang akan dinantikan dan diraikan dengan penuh hormat,” katanya.

Sebelum itu, Laporan Hak Asasi Manusia yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (US) mendakwa, golongan LGBTQ di Qatar selama ini terpaksa menyembunyikan gaya hidup berorientasi seksual, perubahan jantina atau kemahuan seksualiti mereka berikutan wujud dasar diskriminasi.

Sumber Gambar : Daily Mail

Bagaimanapun, kebimbangan golongan tersebut yang selama ini ‘disekat’ dalam mengamalkan hubungan sejenis atas dasar sensitiviti agama akhirnya berakhir.

“FIFA mengatakan tekad untuk mendorong Qatar mengadakan kejohanan yang ‘inklusif’ ketika Piala Dunia berlangsung di Timur Tengah buat pertama kalinya,” tambah laporan tersebut.

Untuk info,  perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 ini akan menjadi Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Dunia Arab dan yang pertama di negara majoriti Muslim.Hmmm…

Sumber: Daily Mail

Published by
Nana