Denda Maksimum RM1000 Atau Penjara Tiga Bulan, Bawa E-skuter Di Jalan Raya

Share

Tanpa sedar, skuter elektrik kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam. Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan Personal Electric Vehicle (PEV) ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.

Sumber Gambar : PEV Malaysia

Tapi ini ada berita yang kurang baik untuk pengguna e-skuter ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, mulai 1 Januari 2021, mana-mana penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 dan maksimum RM1,000 untuk kesalahan ulangan atau berdepan hukuman penjara tiga bulan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga… inilah ungkapan yang boleh disamakan dengan kes e-skuter di Malaysia ini.

Sumber Gambar : PEV Malaysia
Sumber Gambar : PEV Malaysia
Sumber Gambar : PEV Malaysia
Sumber Gambar : PEV Malaysia

Mungkin disebabkan sikap segelintir pengguna e-scooter yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kira isu keselamatan orang ramai, terutamanya pengguna jalan raya, kerajaan Malaysia mengambil langkah sebegini.

Hal ini juga mungkin disebabkan pengunaan penyewa skuter elektrik yang banyak didapati disekitar Kulala Lumpur terutamanya di KLCC, Bukit Bintang, Lot 10 Mall dan Mont Kiara yang sesukati hati menunggang escooter ini tanpa langkah-langkah keselamatan.

Tinjauan penulis semalam juga mendapati ada juga yang memakai skirt, menunggang dua orang tanpa memakai helmet dan pakai selipar guys…fuh bahaya bahaya… sekali jatuh boleh pecah kepala tau!!!

Tambahan lagi,  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, buat masa ini, pasukan trafik terlibat dalam tindakan bersifat advokasi kepada penunggang skuter elektrik.

Katanya, jumlah penggunaan skuter elektrik dalam kalangan remaja dan dewasa lelaki dan wanita meningkat secara drastik sejak diperkenalkan sebuah syarikat tempatan pada pertengahan tahun ini dan mencetuskan kebimbangan keselamatan awam.

“Sejak itu mereka dikesan menunggang di atas jalan raya lebih kerap dan pergerakan mereka dengan pengangkutan mini itu semakin meningkat di lokasi tumpuan utama di ibu negara iaitu Bukit Bintang, KLCC dan Dataran Merdeka.

“Nasihat advokasi untuk mereka diteruskan sehingga 31 Disember ini dan mulai 1 Januari tahun depan penunggang skuter elektrik yang didapati bergerak di atas jalan raya akan dikenakan denda RM300 dan maksimum RM1,000 untuk kesalahan kedua dan seterusnya atau penjara tiga bulan akan dikenakan di bawah APJ 1987,” katanya kepada pemberita di Bukit Bintang malam tadi.

Sebelum itu, Zulkefly dengan pasukan trafik turun ke lapangan bertemu dan menasihati penunggang skuter elektrik di sekitar kawasan berkenaan

Ada bagusnya juga kerajaan membuat langkah sebegini, untuk info sebelum ini negara jiran kita Singapura juga mengharamkan pengunaan escooter ini pada lorong pejalan kaki mereka.

Tapi, penulis cuma kesian dengan pengguna Personal Electric Vehicle (PEV) yang mengunakan kenderaan ini dengan cara yang betul tapi ‘dicemari’ dengan penguna yang tidak bertanggungjawap.

Tapi kalau kes tunggang basikal di jalan raya pula macam mana ye?

Sumber : Malaysia Gazette dan PEV Malaysia 

 

Published by
Nana