Isu denda RM1000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pernah menjadi “perdebatan” pendapat di kalangan rakyat. Ada melihat ia terlalu tinggi namun sebahagian melihat jumlah itu masih sedikit dalam mendisiplinkan masyarakat ingkar.
Kita mungkin masih mengingati seorang pelajar menangis hanya kerana menanggalkan seketika topeng pelitup mukanya di sebuah stesen komuter di Rawang dan dia kemudian dikenakan denda RM1000 oleh pihak berkuasa. Kes itu mendapat liputan meluas kerana viral gambarnya sedang menangis dan kemudian MP Kepong mahu membayarkan denda berkenaan kerana tahu kesusahan remaja berkenaan. Ya kerana merasakan empati melihat keadaannya ketika itu.
Tapi kita pasti tidak boleh melupakan kontroversi melibatkan cucu Tun Dr Mahathir iaitu Meera Alyanna yang juga anak sulung bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang didapati mabuk dan melanggar perintah PKPP kerana berada di kelab malam bersama suaminya. Dia antara yang ditahan malah Meera sudah pun membayar denda tersebut. Malangnya sindirin netizen menyebut ia jumlah “ciput” bagi orang kaya seperti status disandangnya sebagai anak VIP.
Ads
Tapi tahukah kita, dalam masa terdekat ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) di mana ia dalam proses untuk menaikkan kadar kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000.
Ya, dari RM1000 kepada RM10,000!
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi tujuan berkenaan.
"Akta ini (Akta 342) telah didrafkan pada tahun 1988. Selama 32 tahun kita tidak mengkaji atau buat penambahbaikan akta tersebut.
Ads
"Jadi sekarang ini masa yang sesuai untuk penambahbaikan. Kita akan beri cadangan dan berbincang dengan Peguam Negara mengenai kadar yang sepatutnya," katanya dalam sidang media pada semalam.
Ujarnya, kajian secara terperinci akan dijalankan sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada mesyuarat Kabinet dan seterusnya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Ads
Sebelum ini, Dr Noor Hisham antara lain dilaporkan berkata, akta berkenaan akan dipinda bagi membolehkan kadar kompaun RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000 terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (sumber Astro Awani).
Persoalan kami, mampukah jumlah denda tinggi itu mendisiplinkan rakyat untuk mematuhi PKPP? Atau kalau kita tidak mampu membayarnya terutama di kalangan golongan susah dan sederhana, di manakah lokasi kita seterusnya? (adakah kita akan memenuhkan penjara pula? Mohon dijauhkan dari kehidupan kita).
Apa pun disiplin sebenarnya sangat bagus untuk membentuk keperibadian tetapi semua ini terpulang kepada diri sendiri. Mahu ingkar dan melawan undang-undang atau bersedia mematuhi undang-undang apabila jumlah denda itu dilaksanakan sepenuhnya nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dulu kami kongsi kan cara buat gambar pasport dengan kos yang sangat rendah, kali ni ada yang lebih cool dan mudah dengan hanya menggunakan apps percuma.
Jom kita follow apa yang telah dikongsi kan oleh Mina di laman twitternya.
Background bebas
Guna photoshop
Tukar country
Edit kasi cantik
Background color ikut keperluan
Simple je kan? Jom try.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein tidak dapat menahan sebak ketika menatap wajah adik Alisa Umairah buat kali terakhir, selepas adiknya disahkan meninggal dunia pada malam Rabu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio Era.je di laman Instagram, kelihatan pelakon drama popular Kampung People itu mencium wajah Alisa yang telah dikafankan.
“Wajah arwah adik Alisa cantik, adik Alisa dah sihat dan berlari kat taman syurga,” katanya.
Adik Alisa, atau nama penuhnya Alisa Umairah Nur Hisham, sebelum ini telah berjuang melawan kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh kitaran kimoterapi. Kisah Alisa mendapat perhatian ramai, terutamanya selepas sebuah video siaran langsung bersama TikToker popular, Asraf Jaafar (Acap), menjadi tular.
Dalam video tersebut, bapa Alisa, Nur Hisham Abd Hamid, berkongsi kisah menyentuh hati tentang anaknya yang gemar duduk di dalam peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, hingga meruntun hati ramai termasuk pempengaruh dan warga maya.
Nur Hisham turut berkongsi bahawa Alisa didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia hanya setahun.
Untuk info, adik Alisa sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital akibat kanser mata tahap 4 dan telah meninggal dunia pada Rabu, 13 November 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Radio Era
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara kerana permainan atas talian PUBG yang popular dalam kalangan remaja, seorang wanita yang juga berstatus isteri orang dikatakan sanggup meninggalkan suami dan anaknya yang masih kecil berusia tiga tahun.
Wanita dari Penarik, Setiu itu dikatakan menghilangkan diri sejak 31 Mei lalu dan gagal dikesan sehingga kini.
Menurut suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Apis, 24, dari Kampung Pantai Merang, Permaisuri, Setiu, isterinya yang berusia 22 tahun itu gagal dikesan dan dikatakan telah keluar menggunakan sebuah motosikal.
“Ini adalah kali kedua dia telah menghilangkan diri macam ni. Yang pertama hujung tahun lepas. Memang kami ada bertengkar sebelum hari dia menghilangkan diri.
"Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian,” katanya kepada Astro AWANI.
Dia yang hanya membuat kerja-kerja di kampung kesal dengan kejadian itu memandangkan anak mereka masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Jelasnya kali terakhir isterinya itu dikesan adalah di sekitar Manir apabila motosikal tersebut ditinggalkan di sebuah pasaraya di kawasan terbabit.
Dia dan keluarga juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Penarik, Setiu tentang kehilangan isterinya itu pada Selasa (semalam) dan berharap agar mana-mana pihak dapat membantu mengesan isterinya itu dengan segera.
“Saya dan keluarga turut risau dengan keselamatannya kerana telah beberapa hari tidak pulang dan tidak tahu di mana dia berada. Harap pihak polis dan orang ramai dapat membantu mencari dia dengan segera,” katanya lagi. Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...