“Denda RM10,000 Keterlaluan, Zalim & Melampau,” YB Hannah Yeoh

Share

Dalam perjuangan melawan virus Covid-19, kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk mengekang penyebaran. Namun dalam pelaksanaan prosedur tersebut banyak juga kritikan yang diterima.

Terbaru apabila kerajaan mengumumkan denda sebanyak RM10’000 bagi mereka yang melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan bermula Mac ini, banyak reaksi bercampur baur diterima.

Antaranya, YB Hannah Yeoh yang merupakan ahli parlimen Segambut lantang menyelar tindakan tersebut menerusi ciapan di laman Twiter.

Menurutnya, “Hey @IsmailSabri60 denda RM10,000 keterlaluan, zalim dan melampau. Jumlah RM10,000 boleh menjadi pendapatan seseorang dalam setahun. Menteri PN boleh pula berbangga dengan pemberian beras sebagai Kerajaan Persekutuan tapi kenakan denda tak masuk akal seperti ini, hentikanlah!”


 Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.

Antara kesalahan yang akan dikenakan denda ini ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan pusat hiburan.

***P/S – Apa pendapat anda tentang denda sebanyak RM10’00 ini?

 Untuk remaja di luar sana, sila patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jumlah RM10’000 bukanlah nilai yang sedikit. Vaksin pun sudah tiba di Malaysia, semoga kita akan segera pulih dari pandemik ini.

Published by
Fiezreen