
Sama seperti arus peredaran fesyen, modifikasi kereta juga sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman dan trend..
Mesti korang pernah je lihat tayar ‘kangkang’ atau ‘képak’ di jalan raya kan?

Untuk info, tayar yang terkangkang ini dipanggil HellaFlush atau Stance menjadi ikutan “kaki modifikasi”. Jika dilihat, kereta yang telah bertukar kepada HellaFlush seolah-olah merayap di atas jalan raya dengan badan kereta bergesel dengan tayar. Ada juga yang membuatnya menjadi begitu ekstrem sehinggakan tayar kereta menjadi terkangkang.
Namun, baru-baru ini menurut Polis Diraja Malaysia, penggunaan tayar jenis itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Tindakan ini diambil mengikut Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Perkara tersebut dikongsikan melalui laman Facebook mereka yang turut menyebut pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap.
Menurut careta.my, istilah HellaFlush dikatakan telah dicipta oleh Fatlace yang pada asalnya sebuah bengkel modifikasi kereta di Amerika Syarikat dan kini telah menjadi satu jenama yang cukup terkenal. Perkataan “Hella” bermaksud “banyak” manakala “Flush” pula merujuk kepada sama atau rata dalam konteks pemasangan tayar dengan chasis dan fender.
Hmm…tayar standard kan lagi cantik.
Sumber: Polis Diraja Malaysia
Bukan Seperti Dalam Drama, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebenar Di Sekolah Henry Gurney

Isi Kandungan
TogglePernah ditempatkan selama tiga tahun di Sekolah Henry Gurney tidak mematahkan semangat Muhammad Izzad Daniel Abdullah untuk terus bangkit menjadi seorang individu yang lebih baik. malah, remaja berusia 22 tahun ini juga tidak malu berkongsi pengalaman dan mengakui bahawa dirinya pernah menjadi penghuni di sekolah Henry Gurney.
Remaja berkesempatan menemubual Izzad atau lebih mesra dipanggil sebagai Ejad, untuk berkongsi kisah hidupnya agar dijadikan teladan untuk semua lapisan masyarakat, khususnya bagi anak muda.
“Kehidupan saya semasa di waktu sekolah dahulu memang agak liar dan terlampau sosial. Semuanya bermula dengan diri sendiri dan bukannya atas pengaruh kawan-kawan. Saya mempunyai sifat ingin mencuba dan dari situlah kita akan tercari-cari untuk melakukan perkara yang tidak baik. sampaikan keluarga angkat saya pun dah tak larat nak melayan perangai saya,”
“Saya kemudiannya pergi merantau dan dari situlah bermula saya melakukan perkara-perkara tidak baik seperti mengambil dadah. Asalnya bermula daripada menghidu gam dan perlahan-lahan mula mendekati najis dadah. Seawal usia 12 tahun lagi, saya sudah hisap gam,” cerita Ejad.
Mula dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney
“Bila dah hisap dadah mestilah kita nak kena cari duit kan. Saya pula tidak bekerja, kerja pun hanya cukup-cukup makan jadi tukang rumah. Saya mula tertangkap pada usia 17 tahun kerana melakukan jenayah pecah rumah,”
“Sewaktu ditangkap dan diarahkan untuk ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, saya berasa sangat sedih kerana perlu berpisah dengan dunia luar. Saya mengambil masa hampir setahun untuk membiasakan diri di sekolah tersebut. Tapi Alhamdulillah, lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri dan menjalani kehidupan seperti biasa,”
Bercakap soal akademik, Ejad telah dibuang sekolah sewaktu umurnya 16 tahun lagi. Dia sering ditukarkan sekolah kerana melakukan kesalahan. Namun, sewaktu di Henry Gurney, Ejad meneruskan pelajarannya seperti pelajar sekolah yang lain.
“Di sekolah Henry Gurney menawarkan beberapa bidang seperti pancaragam, sekolah Agama untuk pelajar yang mengambil UPKK, bidang kemahiran, sukan dan unit akademik. Saya memilih untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik,”
“Kami bersekolah seperti pelajar-pelajar di luar sana juga. Pagi masuk sekolah dan tengah hari tamat persekolahan. Selepas itu, kami diberikan masa untuk melakukan aktiviti bebas. Jadi terpulanglah kepada pelajar sama ada ingin balik ke bilik atau membaca buku,” jelasnya.
Tidak sama seperti dalam drama
“Sekolah Henry Gurney bukan tempat yang seronok. Ia juga bukan tempat untuk berubah tetapi tempat untuk kita belajar berubah. Tempat sebenar untuk berubah adalah di luar sana. Di sekolah Henry Gurney, kami terikat dengan peraturan. Mereka menekankan lebih kepada disiplin dan Henry Gurney adalah salah satu sekolah juvana dibawah sistem Jabatan Penjara Malaysia. Jadi, yang menjadi penjaga kami adalah warden-warden penjara dan unit kawalan penjara,”
“Ia tidak sama seperti yang dipaparkan dalam filem atau drama seperti Juvana kerana kalau kita tengok dalam drama tersebut, ia menunjukkan penjagaan secara kekejaman tetapi di sekolah Henry Gurney yang sebenarnya, warden mendidik tidak sampai mendera dan tidak menggunakan kekerasan. Mereka hanya menggunaka kekerasan apabila kita melakukan kesalahan,” jawabnya lagi.
Keputusan 5A dalam SPM
Walaupun dibuang sekolah sewaktu umurnya 16 tahun, Ejad telah membuktikan bahawa belum terlambat untuk dia menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
“Saya hanya sijil UPSR dan tidak menduduki PT3. Sewaktu di sekolah dahulu pun, saya sering ponteng kelas dan tidak pernah belajar. Kalau pergi sekolah hanya sekadar untuk mengambil kehadiran dan kemudiannya saya akan keluar daripada sekolah,”
“Sebelum ini saya tidak pernah mempunyai matlamat dalam hidup. Bila saya di Henry Gurney, saya letakkan satu matlamat dalam hidup dan memfokuskan untuk mencapai matlamat tersebut. So, bagaimana caranya? Saya belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti saya akan dapat mencapai matlamat saya itu,”
“Tahun pertama disana saya menyambung pelajaran pada peringkat Tingkatan 4, tapi sewaktu itu saya masih banyak bermain lagi. Bila masuk Tingkatan 5 baru saya mula menekankan pelajaran untuk mendapatkan hasil yang baik. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan 5A dalam SPM dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Penerbangan di salah sebuah kolej di ibu kota,” tambah Ejad lagi.
Kejayaannya ini juga membuka mata masyarakat bahawa seseorang itu boleh mengubah nasibnya selagi mereka berusaha dan ikhlas mahu benar-benar berumah. Paling penting, kenalah istiqamah. Ejad juga bertuah kerana mendapat sokongan keluarga angkatnya dan orang sekeliling yang sering memberikan kata-kata positif kepadanya.
Ejad juga menasihatkan remaja di luar sana agar tidak melakukan atau mencuba perkara-perkara yang tidak baik kerana ia hanya akan mengundang kemudaratan.
Sweet Qismina Beri Pesanan Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Amalkan ‘Liquid Diet’

Aktres jelita, Sweet Qismina menasihati orang ramai agar tidak mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badan, seperti yang dilakukannya dengan mengamalkan diet cecair yang membantunya menurunkan 10 kilogram (Kg).
Pelakon berusia 28 tahun itu berkata, dia melakukan diet tersebut sebagai persediaan untuk melakonkan watak dalam filem Babah.
ARTIKEL BERKAITAN : Sweet Qismina Hilang 10KG Dalam Masa Sebulan, Amal ‘Liquid Diet’
Bagaimanapun, Sweet juga memaklumkan diet berkenaan dilakukan di bawah pengawasan pakar pemakanan dan pihak produksi.
“Saya mengamalkan liquid diet dan mengalami kesan sampingan. Salah satunya mudah beremosi kerana mengidam nak makan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Bersyukur Tak Terhingga..” Sweet Qismina Miliki Rumah Sendiri. Tahniah!
“Saya lakukan untuk kerja tetapi suami dan produksi menjaga saya daripada sebarang keadaan tidak diingini selain pemantauan pakar pemakanan yang mengawasi kesihatan saya.
“Ini bukan hal yang boleh buat sesuka hati. Tolong jangan buat sekiranya tidak merujuk doktor terlebih dahulu,” katanya dalam satu hantaran di TikTok.
Dalam video itu, isteri kepada aktor tampan, Adam Lee itu turut berkongsi bahawa dia mendapat nasihat daripada pakar nutrisi bagi memastikan diet yang dilakukannya sesuai dengan keadaan tubuhnya.
“Doktor akan periksa berat badan dan tahap kesihatan bagi memastikan badan saya sesuai melakukan liquid diet.
“Bila jumpa dengan pakar pemakanan, mereka akan beritahu apa sesuai atau tidak dan bagaimana cara saya untuk diet.
“Susu diberi bukanlah anda boleh dapat dan minum sesuka hati kerana digunakan untuk pesakit yang makan atau minum melalui tuib, sangat berisiko tetapi saya boleh ambil atas nasihat doktor,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Sweet menafikan dakwaan yang mengatakan dia menjalani pembedahan bariatik atau potong usus.
Sebaliknya, dia menegaskan bahawa penurunan berat badannya adalah hasil daripada diet cecair yang disarankan oleh pakar nutrisi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Loveta Muncul Dengan Kempen Wajah Baharu. Anzalna Terima Tawaran Demi Arwah Siti Sarah

Tepat pada masanya untuk melangkah ke tahun baharu, jenama tudung Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, tidak lagi menoleh kebelakang apabila meneruskan kerjasama strategik bagi membangunkan jenama Loveta merentas sempadan dunia.
Menerusi kempen Loveta X Anzalna, Loveta berbesar hati mengumumkan kerjasama bersama pelakon, selebriti popular dan juga finalis Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Anzalna Nasir sebagai wajah baharunya.
Loveta X Anzalna juga menampilkan Anzalna Shawl yang merupakan shawl semi instant dengan 11 koleksi warna menarik yang bermula 5 Januari yang lalu. Menariknya lagi, mereka menghasilkan produk kali ini dengan mengikut citarasa pelakon berkenaan yang mahukan satu tudung yang mudah dipakai namun mempunyai kelas dan standard tersendiri

Menurut Anzalna, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire (M) Sdn. Bhd., Siti Fatimah Suberi yang juga ibu tiri Siti Sarah mendedahkan, pihaknya hanya meneruskan hasrat arwah yang mahukan Anzalna sebagai wajah jenama berkenaan.
“Ketika mengadakan perbincangan memang ada beberapa nama artis lain, namun Anzalna adalah pilihan pertama dan saya terus bertanya kepadanya tanpa pergi kepada artis yang lain terlebih dahulu.
“Selain meneruskan hasrat arwah, pemilihan Anzalna ialah hasil persetujuan semua pihak dalam syarikat dan dialah orang yang tepat untuk kempen terbaharu ini,” ujar Siti Fatimah.
Menurut Anzalna, semasa hayat masih ada, Siti Sarah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya.
Namun, hasrat berkenaan tidak kesampaian sehinggalah penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.