Sama seperti arus peredaran fesyen, modifikasi kereta juga sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman dan trend..
Mesti korang pernah je lihat tayar ‘kangkang’ atau ‘képak’ di jalan raya kan?
Untuk info, tayar yang terkangkang ini dipanggil HellaFlush atau Stance menjadi ikutan “kaki modifikasi”. Jika dilihat, kereta yang telah bertukar kepada HellaFlush seolah-olah merayap di atas jalan raya dengan badan kereta bergesel dengan tayar. Ada juga yang membuatnya menjadi begitu ekstrem sehinggakan tayar kereta menjadi terkangkang.
Namun, baru-baru ini menurut Polis Diraja Malaysia, penggunaan tayar jenis itu boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Tindakan ini diambil mengikut Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.
Perkara tersebut dikongsikan melalui laman Facebook mereka yang turut menyebut pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap.
Menurut careta.my, istilah HellaFlush dikatakan telah dicipta oleh Fatlace yang pada asalnya sebuah bengkel modifikasi kereta di Amerika Syarikat dan kini telah menjadi satu jenama yang cukup terkenal. Perkataan “Hella” bermaksud “banyak” manakala “Flush” pula merujuk kepada sama atau rata dalam konteks pemasangan tayar dengan chasis dan fender
.Hmm…tayar standard kan lagi cantik.
Sumber: Polis Diraja Malaysia