Dengan 4 Bahan Sahaja, Anda Boleh Buat Kuih Batang Buruk Yang Sedap & Mudah

Share

‘Kuih dan muih, sila nikmati kawan. Penat memasak malam ke pagi‘

Begitulah bait lirik lagu yang sering bergema menjelang Hari Raya Aidilfitri. Namun dengan peredaran zaman dan teknologi, anda tak perlu lagi berhempas pulas buat kuih raya dari pagi ke petang di dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Resipi Popia Bersalut Coklat Viral, Mudah Buat & Sedap Dihidang Time Raya

Sebagai contoh, kuih batang buruk yang agak renyah untuk dibuat kerana perlu menguli tepung dan dicanai nipis untuk membuat kulitnya. Guna sahaja kulit popia sebagai pengganti, tak perlu dah susah-susah nak uli tepung!

Jangan risau, hasilnya tetap sedap dan rangup. Jom ikuti resipi perkongsian dari Puan Ruzita Hashim di bawah.

Bahan-bahan:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800 gram gula aising
2 biji putih telur – sebagai pelekat
Straw saiz besar
Minyak – untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Potong kulit popia memanjang seperti di dalam gambar mengikut ukuran pembaris.

2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung menggunakan straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat.

3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang sudah dililit kulit popia tadi dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya.

4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan.

5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan.

6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising (kisar gula sampai jadi halus).

7. Gaul rata gula dengan tepung sampai sebati.

8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat.

9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.

10. Siap. Selamat mencuba!

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: Ruziha Hashim

 

Published by
Adriana Syaurah