Siapa tak suka travel kan? Dah jadi macam satu trend bila tengok orang lain melancong ke suatu tempat yang menarik, confirm lepas tu kita pun berhajat nak ke sana.
Menggembara ke seluruh dunia dah tak jadi satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat sekarang. Kalau simpanan dah cukup, beli tiket flight, tunggu masa terbang la korang ke mana saja.
Cuma, apa yang agak rare sikit seperti yang dilakukan oleh pasangan suami isteri muda ini, mereka gemar travel ke luar negara dengan menaiki vespa.
Ha, mesti korang terfikir, boleh ke nak travel naik vespa kan?
Mohd Shafiriey Mohd Husain dan Nurrashidah Roslan telah mula menggembara menaiki vespa sejak 2015 dan destinasi pertama yang mereka lawati adalah Phuket.
Vespa yang digunakan adalah vespa sprint 150 keluaran tahun 1973 dan juga vespa Px200 yang ramai orang cakap hanya sesuai untuk ke pasar dan surau saja. Besi buruk la katakan. Hiks.
Tapi pasangan suami isteri ini telah membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan mereka mampu berjalan sejah beribu kilometer dengan hanya menggunakan vespa ini.
Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap motosikal vespa, mereka suami isteri mengambil keputusan untuk cuba travel dengan menaiki vespa. Antara tempat yang pernah dikujungi selain Phuket adalah Mae Hong Son, Golden Triangle, Chiang Mai dan Chiang Rai.
Kali ini, Shafiriey ingin berkongsi perjalanan mereka ke IndoChina Thailand, Laos dan sempadan China. Jom kita lihat itinerary dan budget secara menyeluruh.
Bergerak dari Kuala Lumpur ke Koh Samui bersama Sentul Scooter Service
seramai 12 biji. Selepas selesai misi kovoi di Koh Samui selama 3 hari 2 malam, mereka ke Bangkok dan kembali ke Saraburi, Thailand.– Kuala Lumpur
– Kebun 500 Kedah
– Bukit Kayu Hitam
– Koh Samui (Thai)
– Hua Hin (Thai)
– Bangkok (Thai)
– Saraburi (Thai)
– Khon Kaen (Thai)
– Nongkai (sempadan Thai-Laos)
– Vientiane (Laos)
– Vang Vieng (Laos)
– Kasi (Laos)
– Luang Prabang (Laos)
– Boten (sempadan Laos-China)
– Luang Namtha (Laos)
– Chiang Khong (sempadan Laos-Thai)
– Chiang Rai (Thai)
– Chiang Mai (Thai)
– Bangkok (Thai)
– Hatyai (Thai)
– Pulau Pinang
– Kuala Lumpur
Tempoh pengembaraan: 3 minggu
Jarak perjalanan: 6k++ kilometer
Budget: RM3k++ (termasuk hotel, makan, minyak, 2T, tren, dokumentasi dan lain-lain)
– Kesukaran mendapatkan makanan halal
– Keadaan muka bumi yang bergunung
– Keadaan jalan yang berdebu, rosak, berlubang, berlumpur dan sebagainya
– Jalan licin dan merbahaya, jatuh tergolek di gunung Kasi dan juga di Boten sukar untuk mengawal vespa
– Perjalanan di Laos tersangatlah cantik dengan gunung-ganang dan sungai yang jernih. Suasana sejuk sepanjang perjalanan
Alhamdulillah tiada sebarang major problem pada vespa walaupun usianya sudah lajut dan harus menampung beban penumpang. Hehe!
Diharap catatan ini dapat menaikkan lagi semangat korang untuk kembara bermotor, terutamanya yang bercita-cita untuk membawa pasangan ala-ala honeymoon ride.