Dengan Hanya Satu Klik, HUAWEI P40+ Mudahkan Kehidupan Harian Pengguna

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, ia bukan sahaja membantu malah memudahkan individu untuk melalui kehidupan harian. Kehadiran telefon pintar yang multifungsi antara yang menjadi dambaan setiap remaja.

 

Kini, formula 1+8+N diperkenalkan HUAWEI agar mengadaptasikan hubungan antara peranti-peranti yang dihasilkan oleh firma pengeluar telefon pintar terkemuka ni.

Angka ‘1’ merujuk kepada telefon pintar itu sendiri manakala ‘8’ pula adalah peranti lain yang boleh disambungkan menerusi Huawei Share seperti laptop, tablet, smart watch, smart tv, fon telinga (Freebuds), speaker, internet router dan beberapa jenis kenderaan.

‘N’ pula merujuk kepada sambungan ke beberapa aplikasi pintar seperti mobile office, smart home, sports & fitness apps, audio-visual entertainment dan smart travel product.

Huawei P40 Pro+ series menekankan beberapa ciri menarik termasuklah HUAWEI SHARE yang menawarkan banyak manfaat kepada pengguna. Dengan hanya satu klik (One Tap Share), telefon pintar ini mampu berhubung dengan alat peranti lain.

Ciri ini juga turut diperkenalkan menerusi kempen Huawei 1+8+N dengan kelebihan-kelebihan seperti berikut:

 

01

HUAWEI Laptop

One Tap Share antara laptop dan telefon pintar boleh dilakukan dengan hanya klik pada label HUAWEI Share di komputer riba.

Telefon pintar HUAWEI dapat dihubungkan dengan komputer riba dan ia bukan hanya boleh berkongsi data internet, malah skrin di telefon pintar juga boleh dilihat melalui komputer riba tersebut.

Pengguna boleh menarik dan memindahkan file antara telefon pintar dan komputer riba melalui tetikus dan papan kekunci. Jika menggunakan HUAWEI Matebook X Pro, kamu boleh terus drag fail tersebut melalui paparan skrin sentuh dengan menggunakan jari.

 

02

Jika pengguna ingin menyambungkan telefon pintar ke Smart TV, korang hanya perlu hidupkan NFC pada telefon pintar dan klik HUAWEI Share pada pada alat kawalan jauh Smart TV. Kemudian, skrin telefon pintar dapat dipaparkan di Smart TV.

Berbeza dengan fungsi paparan skrin sebelum ini, operasi ini adalah jauh lebih mudah dan pantas, serta ia masih tidak terdapat di Malaysia.

 

 

03

HUAWEI Mate Pad Pro

Sama seperti komputer riba Huawei, Huawei MatePad Pro mempunyai fungsi kolaborasi pelbagai skrin. Telefon pintar boleh dikendalikan pada MatePad Pro yang boleh menarik dan memindahan gambar, video dan fail antara telefon pintar dan tablet, secara tidak langsung ia menjadikan kerja lebih efisien.

Untuk melakukan kolaborasi multiscreen, hidupkan fungsi NFC pada telefon pintar HUAWEI dan tap pada kekunci Shift untuk memaparkan skrin telefon pintar pada MatePad Pro.

 

04

HUAWEI Sound X

Huawei Sound X adalah speaker pintar pertama yang menyokong file Hi-Res yang dihasilkan oleh Huawei dan Devialet sebagai tambahan kepada fungsi asas speaker AI Huawei. Ia mempunyai teknologi ‘One Tap’, di mana pengguna dapat memainkan muzik di telefon pintar daripada HUAWEI Sound X dengan hanya satu klik pada sensing area di speaker.

Speaker ini juga mudah dikawal. Pengguna tidak perlu mengeluarkan telefon jika mahu mendengar muzik. Cukup sekadar tutup bahagian atas speaker dengan telapak tangan.

 

05

HUAWEI AX3 router

Terlupa kata laluan Wi-Fi? Dengan HUAWEI AX3 router, anda hanya perlu menyentuh telefon pintar pada sensor NFC di bahagian bawah penjuru kanan router HUAWEI untuk akses kepada rangkaian Wi-Fi secara terus menggunakan One Tap Network Connection.

 

06

Kereta

Tidak perlu lagi membawa kunci kereta, dengan telefon pintar HUAWEI, pengguna boleh memegang kawasan NFC telefon berhampiran pemegang pintu kereta dan terus membuka kunci kereta.

Untuk mengunci kereta pula, tutup pintu setelah keluar dan pegang kawasan NFC berhampiran pemegang pintu kereta. Perlu diingat, ini hanyalah untuk model kereta tertentu saja.

*

Selain daripada one tap connection antara “1” dan “8” ini juga, HUAWEI akan terus berusaha untuk menambahbaik ciri-ciri ini, misalnya One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan komputer riba, Freebuds dan Watch GT dan banyak lagi.

Nah, rasanya spesifikasi yang ditawarkan oleh HUAWEI ini sudah cukup berbaloi terutamanya bagi indvidu yang mempunyai jadual harian yang padat. Ciri-ciri ini sangat berguna sekiranya anda sedang melancong, bersukan, mahu pun bersantai di rumah bersama keluarga tersayang.

Untuk maklumat lanjut tentang 1+8+N dan kehebatan kesinambungannya menerusi HUAWEI Share, korang boleh melayari DI SINI.

Published by
Noor Ain Norman