Dengan sekali lafaz, pempengaruh dan pemilik jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal bin Shamsul Rijal
Dalam majlis akad nikah serba putih yang berlangsung pada petang Jumaat, 3 Mei 2024 di ibu negara itu, Emran yang mengasaskan jenama Emri Vision pada tahun 2021 telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM1,111 dan sebentuk cincin.
Tangisan kegembiraan jelas kelihatan pada wajah Tyra setelah Emran menyempurnakan lafaz akad nikahnya.
Tyra menyarungkan busana serba putih dengan perincian fabrik lace pada bahagian bahu dan lengan rekaan Teh Firdaus. Wajahnya dirias indah oleh Razzi Musa manakala rambut Tyra pula didandan kemas dengan gaya bun rendah oleh Ckay Liow.
View this post on Instagram
Sebagai info, Tyra dan Emran membesar tidak jauh dari kediaman masing-masing; hanya kira-kira 10 minit perjalanan sahaja namun takdir menentukan mereka untuk hanya saling mengenai sehinggalah pada tahun lepas.
Tempoh setahun yang lalu digunakan oleh pasangan itu untuk saling mengenali keperibadian masing-masing selain berkenalan dengan ahli keluarga serta rakan-rakan mereka.
View this post on Instagram
Pada usia 25 tahun, Tyra dan Emran sememangnya lebih matang berbanding usia mereka. Ia bukan sahaja dapat dinilai daripada cara mereka membawa diri masing-masing tetapi juga cara mereka membina empayar perniagaan masing-masing yakni TK by Tyra dan Beau Tyra oleh Tyra dan Emri Vision oleh Emran.
Minat mendalam terhadap bidang perniagaan juga merapatkan pasangan sama cantik sama padan ini disebabkan mindset serta sinergi yang mereka kongsikan bersama.
Terdahulu, Tyra dan Emran mengikat tali pertunangan pada Disember 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.