
Selepas setahun mengikat tali pertunangan, pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil selamat bergelar suami kepada pempengaruh terkenal, Nur Dahlia Ahmad Rizal dengan sekali lafaz, malam tadi.
Bekas peserta Hero Remaja 2020 itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Nordin berwakil walikan bapa pengantin perempuan iaitu Ahmad Rizal.
Dalam majlis yang diadakan di Villa Istana
Ayer Keroh, Melaka itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.
Menjengah pada hantaran di Instastory Dahlia, dia ada memuat naik sekeping gambar yang dilihat sedang erat berpegangan tangan bersama suami tercintanya itu.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.
SUMBER FOTO: TikTok Sepocen & Dahlia Rizal
[CONTEST] Muzium Ilusi Yang Pertama Di Asia Dibuka Di Kuala Lumpur, Jom Menang Pas Masuk!

Berfoto dengan rekaan seni ilusi sememangnya menjadi salah satu cara paling popular terutamanya bagi pengguna tegar laman media sosial.
Bahkan kini ia seakan menjadi trend dengan kebanyakan bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Shah Alam mempunyai street art yang turut menampilkan lukisan atau binaan seni yang berbentuk ilusi.
Melihatkan trend tersebut yang semakin popular, Museum of Illusions (MOI) telah dibuka secara rasminya di Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah muzium yang memiliki koleksi ilusi optikal terbesar di Asia. Malah pembukaan MOI di Kuala Lumpur ini merupakan yang pertama di Asia!
Sejak ia diperkenalkan oleh saintis dan pencipta legenda, Nikola Tesla di Croatia pada tahun 2015, muzium di Kuala Lumpur merupakan yang ketujuh seumpamanya. Berbeza dengan muzium-muzium kontemporari lain, MOI meraikan kegairahan serta sorakan daripada pengunjung sepanjang mereka berada di ruang pameran.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Grup Rookie K-pop Terbaik 2018
Menurut Pengarah Muzium MOI, Azizul Aznan, mereka tidak mahu pengunjung berasa segan dan takut-takut untuk menunjukkan emosi. Jelasnya, mereka mahu pengunjung untuk berinteraksi dan terlibat secara langsung dengan pemeran, “Kami mahu mereka gunakan imaginasi dan mencuba untuk melakukan apa saja mengikut kreativiti mereka dan berkongsi kegembiraan itu bersama ahli keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya lagi.
Antara pendukung utama MOI ialah hartawan terkenal, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan yang merasai sendiri pengalaman ilusi optik di muzium tersebut dengan merangkak ‘secara terbalik di atas siling’.
Sebanyak 70 jenis pameran ilusi optik yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk sama ada lukisan atau rekaan kreatif yang mencabar minda. Setiap pameran bukan sahaja mencabar kreativiti tetapi mampu membuat pengunjung berasa kagum dengan persembahan yang ditawarkan.
![[CONTEST] Muzium Ilusi Yang Pertama Di Asia Dibuka Di Kuala Lumpur, Jom Menang Pas Masuk!](https://cdn.remaja.my/2018/06/Image-3-2.jpeg)
Museum of Illusions kini dibuka untuk kunjungan orang ramai dan ia terletak di Tingkat 1 dan 2 di Ansa Hotel, Bukit Bintang. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam dan tiket untuk dewasa berharga RM35 dan kanak-kanak RM25.
Kalau korang berminat nak mengunjunginya bolehlah semak dulu maklumat lanjut di sini.
Tapi kalau nak menangi tiket masuk percuma ke Museum of Illusions, jom sertai peraduan di bawah!
2 Pas Masuk Dewasa Ke Museum of Illusions Bernilai RM35 Satu
Museum of Illusions bersama REMAJA ingin mengajak korang untuk ke sini dan rasai sendiri pengalaman pertama seumpamanya di Malaysia.
Mudah je caranya. Jawab soalan dan slogan serta isikan butir peribadi korang seperti di bawah. Hantarkan melalui Direct Message (DM) ke Instagram @majalahremaja. Jangan lupa untuk follow @majalahremaja dan @mi_kualalumpur di Instagram juga.
SOALAN
Di manakah lokasi Museum of Illusions tersebut?
SLOGAN
Saya ingin melawat Museum of Illusions kerana….
(Tak melebihi 15 patah perkataan)
BUTIRAN DIRI
Nama:
Nombor Kad Pengenalan:
Alamat:
No Telefon:
Email:
Instagram:
Facebook:
(Butiran diri hanyalah untuk simpanan Majalah Remaja. Ia TIDAK AKAN digunakan untuk tujuan lain atau diserahkan kepada pihak asing.)
Syukur Bakal Ke Tanah Suci Sekali Lagi, Zul Ariffin Tunai Ibadah Haji Jun Ini

Selepas berkali-kali menunaikan umrah, rezeki berganda menyebelahi aktor terkenal tanah air, Zul Ariffin apabila bakal menunaikan ibadah haji, pada bulan hadapan.
Menerusi laporan Harian Metro, pelakon filem hit J Revolusi itu sebenarnya tidak menyangka, rezeki menunaikan rukun Islam kelima itu datang awal dalam hidupnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul Tunai Umrah Sepanjang Ramadan, Mohon Doa Agar Urusan Dipermudah Di Tanah Suci Mekah
“Memang sudah rezeki dijemput ke sana. Saya rasa teruja. Sebelum ini pergi umrah pun teruja juga cuma haji lautan manusianya kita tak tengok lagi macam mana.
“Kalau dulu tengok dalam televisyen, sekarang kita rasai pengalaman menunaikan haji itu sendiri. Dekat sana nanti musim panas. Sangat panas 45 darjah selsius sekarang,” katanya.
Kongsi pelakon berusia 36 tahun itu, dia bakal berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun depan.
“Saya akan pergi tunaikan ibadah haji pada minggu kedua bulan Jun depan. Dalam 10 Jun macam itu saya berangkat ke sana.
“Rombongan jemaah hari pertama dah mula berlepas sekitar 20 hari bulan tempoh hari. Saya menerima jemputan tetapi bukan melalui Tabung Haji,” ujarnya lagi.
Selain Zul, pelakon berkaliber Lisdawati turut berangkat ke Tanah Suci semalam bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zul Ariffin
‘Atuk’ Squid Game Menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globes 2022

O Yeong-su mencatat rekod setelah beliau menjadi pelakon Korea Selatan PERTAMA yang memenangi trofi di acara anugerah Golden Globes dalam sejarah dunia perfileman negara tersebut.
Yeong-su yang memegang watak sebagai Oh Il-nam iaitu watak orang tua dalam drama bersiri popular Netflix, Squid Game ternyata memberi tuah kepada pelakon berusia 77 tahun itu.
Dirujuk sebagai pemain nombor 001 dalam Squid Game, Oh Il-nam digambarkan sebagai individu yang mahu mencari kepuasan diri sebelum berdepan dengan kematiannya. Ternyata, beliau merupakan salah seorang pelakon Squid Game yang paling diingati sehingga ke hari ini disebabkan lakonannya yang mantap dan menyentuh emosi penonton.
Justeru, O Yeong-su yang mengenepikan pelakon lelaki handalan lain seperti Kieran Culkin, Brett Goldstein, Billy Crudup dan Mark Duplass sekaligus dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bagi Televisyen (Siri, Mini Siri atau Filem Televisyen).
Selain kategori tersebut, Squid Game turut menerima pencalonan dalam kategori Drama Siri Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama).
Untuk pengetahuan, anugerah Golden Globes tahun ini yang telah memasuki edisi ke-79 telah dilangsungkan pada hari ini secara tertutup di Los Angeles namun tidak pula disiarkan kepada umum menerusi siaran secara langsung.
Begituupun, pengumuman pemenang masih dilaporkan dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang dan platform media sosial penganjur.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Squid Game’ Musim 2 Bakal Kembali Disebabkan ‘Tekanan’ Peminat, 10 Fakta Drama Trending Ini – REMAJA
Squid Game yang menjadi drama paling mendapat sambutan dalam sejarah platform penstriman Netflix kini dikhabarkan akan kembali untuk musim kedua. Manakala musim ketiga siri ini masih dalam perbincangan.
Dengan kemenangan ini, agaknya O Yeong-su akan kembali membawakan watak Oh Il-nam ataupun tidak?
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.