
Hanya sekali lafaz, pelakon versatil, Redza Rosli selamat bergelar suami kepada pelakon meningkat naik, Bella Hanna pada jam 4.05 petang tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
BACA LAGI : Dengan Sekali Lafaz, Imran Aqil Sah Bergelar Suami Kepada Dahlia Rizal
Pelakon drama popular Wanita Syurga itu telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Majlis bertemakan rona putih itu diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Menjengah ruangan komen menerusi hantaran di Instagram TV3, rata-rata warganet turut menumpang gembira selain mengucapkan tahniah buat Redza dan Bella.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu pernah bergandingan menerusi satu naskhah berjudul Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram TV3
Ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel Terserlah, Iras Wajah Bonda

Personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim merupakan figura yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Dia dahulunya terkenal dek kredibilitinya sebagai wartawan penyiaran dan juga pembaca berita TV3. Kemudian mengundurkan diri dari lensa kamera, dia berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata.
Anak sulungnya Pengiran Muda Abdul Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006 manakala anak keduanya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pula dilahirkan pada 28 Januari 2008. Selepas bercerai, kedua-dua anaknya kekal menetap di Brunei bersama bekas suaminya.
Terbaru, Azrinaz telah memuat naik gambar terkini anak sulungnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel di ruangan Instagram. Terserlah ketampanan putera raja yang menginjak usia 16 tahun dalam gambar tersebut, hantaran itu disertakan dengan kapsyen, “Son of my life.”
Menuai pujian ramai, foto tersebut telah menerima lebih 22 ribu tanda suka saat artikel ini ditulis. Dengan rambut yang tersusun rapi dan wajah cerah mulus, ramai warganet berkongsi pandangan mengatakan yang Pengiran Muda Abdul Wakeel mewarisi raut wajah ibunya.
Sedikit latar tentang Pengiran Abdul Wakeel, baginda kini merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong. Sekolah ini menawarkan pendidikan yang berasaskan kurikulum pembelajaran British. Kini gelaran rasmi untuk baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Sekadar info, Azrinaz Mazhar Hakim kini telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 2018. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
ARTIKEL BERKAITAN: Mencecah Usia 15 Tahun, Kekacakan Pengiran Muda Abdul Wakeel Tarik Perhatian
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Tahun Temu Jodoh, 8 Personaliti Muda Pilih 2021 Tamat Zaman Bujang

Isi Kandungan
Toggle
Suratan rezeki, jodoh dan ajal maut itu adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Kita hanya boleh merancang, akhirnya hanya Tuhan yang akan menentukannya.
Ada di antara kita yang selalu terfikirkan soal jodoh yang tidak jua berkunjung tiba. Lagi fikir, lagilah pening!
Seharusnya, kita perbanyakkan doa kepada Allah dan yakin bahawa jodoh yang bakal tiba nanti adalah individu yang terbaik untuk kita.
Bagi lapan orang personaliti tempatan popular ini, rezeki mereka untuk mengikat pertalian cinta dengan jodoh masing-masing telahpun tertulis rapi. Kesemuanya memilih tahun 2021 untuk bergelar suami dan isteri kepada pasangan masing-masing.
01
Hannah Delisha
Sumber Foto: Instagram @hannahdelisha
Antara insan paling gembira buat masa ini tentunya ialah pelakon dan penyanyi dari Singapura, Hannah Delisha.
Sama comel sama padan, Hannah memilih pelakon Imam Shah dan melangsungkan acara akad nikah di Singapura pada 18 Februari lalu. Pasangan itu telah menjalin cinta selama lima tahun, namun Hannah memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum.
“Bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kongsi kepada orang lain. Dahulukan yang wajib, itulah yang utama. Kami telah saling berkenalan sejak drama bersiri Faculty 5 tahun lepas. Imam yang saya kenali ialah seorang yang penyabar, penyayang dan kelakar.”
ARTIKEL BERKAITAN: “Finally, After 5 Years…”,Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati – REMAJA
02
Ayda Jebat
Sumber Foto: Instagram @nabilmahir
Jika Hannah merupakan selebriti ‘latest’ untuk bergelar isteri, Ayda Jebat pula ialah selebriti pertama yang bergelar isteri pada tahun ini. Ayda, 29 dan suaminya, Nabir Mahir, 33 telah memilih tarikh 1 Januari 2021 untuk melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
“Syukur majlis pernikahan kami berjalan lancar walaupun berada dalam norma baharu. Kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insyaAllah,” kata penyanyi Parah itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Hanya Ayda Jebat Temui Kebahagian Januari Ini, Lihat 4 Personaliti Lain – REMAJA
03
Nafiz Muaz
Tanggapan lelaki muda itu tidak matang untuk melalui fasa perkahwinan ternyata tidak benar setelah pelakon berbakat, Nafiz Muaz, 22 menamatkan zaman bujang pada 2 Januari lalu.
Pelakon kelahiran Sungai Petani itu dan pasangannya, Diyana Omar, 29 telah merancang untuk bernikah pada Ogos 2020. Namun atas kekangan pandemik, mereka menundanya ke tarikh baharu ini.
“Diyana memahami saya dan kami terbuka dalam banyak perkara. InsyaAllah, kami akan layari perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab.”
04
Akhmal Nazri
Sumber Foto: Instagram @akhmalnazri
Setelah 4 tahun 15 hari menyulam rasa cinta, akhirnya Akhmal Nazri yang popular dengan karakter Jibam dalam program bersiri Oh My English! melangsungkan perkahwinannya dengan peserta Akademi Fantasia 2015, Allyssa Joanne.
Terlebih dahulu, Akhmal melamar sewaktu mereka berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu Sarawak pada tahun lalu.
05
Harris Alif
Sumber Foto: Instagram @harrisalif
Hanya bersaksikan 14 orang, perkahwinan penyanyi dan pelakon, Harris Alif, 22 bersama Intan Ladyana, 38 telah mendapat perhatian ramai peminat dan media dek kerana perbezaan usia mereka. Namun, Harris diakui matang untuk memimpin hubungan tersebut setelah mereka selamat diijab kabulkan pada 5 Februari lepas.
Menariknya, Harris dan Intan telah menerima tajaan lumayan hingga bernilai RM13.5 juta daripada pihak penaja. Ramai menyukai pasangan ini hinggakan Intan mencapai sejuta pengikut di Instagram, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ambil Barakah Hari Jumaat, Harris Alif & Intan Ladyana Selamat Diijab Kabul – REMAJA
06
Alicia Amin
Sumber Foto: Instagram @aliabastamamkl
Hanya sekadar merancang majlis resepsi dan baju perkahwinannya tiga hari sebelum tarikh akad nikah, Alicia Amin dan pasangan pilihannya, Dr Farzan mengejutkan ramai pihak pada 14 Februari lalu.
Alicia dalam sesi Instagram Live baru-baru ini telah mendedahkan bahawa mereka memilih untuk mengadakan majlis ringkas di masjid saja. Namun, ibunya meminta agar resepsi kecil-kecilan diadakan di rumah untuk sesi bertukar cincin dan mengambil foto.
ARTIKEL BERKAITAN: Alicia Amin Pilih 14 Februari Untuk Tamatkan Zaman Bujang – REMAJA
07
Tahanee Shauki
Sumber Foto: Instagram @luqrosli
Comel sangat! Personaliti media sosial, Tahanee Shauki telah melangsungkan sesi akad nikah pada minggu lalu bersama pasangannya, Luqman Rosli.
Seperti biasa, acara perkahwinan pada musim pandemik ini terpaksa diadakan di rumah. Namun itu tidak bermakna Tahanee tidak boleh memotretkan momen indah dan dia memilih untuk menyarungkan busana Zaimi Zulkafli.
08
Megat Adli
Sumber Foto: Instagram @thefunsizeguy
Kata-kata personaliti media sosial, Megat Adli cukup masin! Bermula sekadar jenaka ingin mengahwini teman wanitanya jikalau arahan PKP sekali lagi diadakan di Malaysia, kini dia selamat bergelar suami.
Ciapan yang pernah dimuat naik olehnya pada 27 September tahun lalu itu ‘terpaksa’ dimahkotakan apabila Malaysia kembali diletakkan di bawah arahan PKP. Pasangan ini memilih tarikh 18 Februari lalu untuk mengijab kabul setelah terpaksa menunda dari tarikh asal (Januari 2021) kerana kekangan PKP.
*
Tahniah kami ucapkan kepada semua pasangan!
Peminat Drama Sweet Dreams Terkejut Ada Makna Pada Jumlah Kuntuman Bunga Ros

Isi Kandungan
Toggle
Ada sebab mengapa drama Sweet Dreams begitu digemari oleh penonton tempatan.
Selain daripada lakonan menyakinkan oleh barisan pelakonnya seperti Ben Amir, Mira Filzah, Sean Lee, Yuna Rahim dan ramai lagi, drama Sweet Dreams yang sedang ditayangkan di saluran Astro RIA juga mempunyai mesej yang amat mendalam.
Setiap baris skrip yang ditulis tidak hanya dicakapkan oleh para pelakon secara kosong. Skrip yang ditulis sebenarnya memberi makna kepada babak tertentu.
BACA: Reply ‘Kerek’ Macam Qash Adam Buatkan Peminat Ben Amir Terhibur
Seperkara lagi, body languange karakter terutamanya di antara 3 pelakon utamanya juga ‘sampai’ ke hati penonton.
Satu babak yang masih berbekas di kebanyakan penonton setiap drama Sweet Dreams adalah semasa pemberian bunga ros kepada watak Puteri lakonan Mira Filzah.
Menurut seorang pengguna Twitter @pumpuumpkinn, babak tersebut telah mengajarnya mengenai pemberian ros kepada seseorang yang istimewa.
“Never knew that different number of buds of roses brings a different meaning..”
Wow, betul ke?
Ada kebenarannya jika berpandukan kepada sejarah pemberian bunga ros. Cuba korang tengok makna jumlah kuntuman ros daripada 1 hingga 10 kuntum.
10 Kuntum
Mesej ringkas untuk memberitahu si dia adalah sempurna di mata korang.
9 Kuntum
Simbol cinta selama-lamanya. Kekasih akan selalu menghadiahkan 9 kuntum bunga ros jika dia berniat untuk menghabiskan sepanjang hayatnya dengan korang.
8 Kuntum
Lapan menandakan sokongan. Jika korang mempunyai kekasih, ahli keluarga atau rakan yang sedang melalui kepayahan atau si dia merasa down, berikannya 8 kuntuman.
7 Kuntum
Tujuh adalah angka yang istimewa bagi mana-mana couple. Jika 7 kuntum ros diberikan, si dia nampaknya amat menyukai kamu dan tiada yang lain.
6 Kuntum
Korang di fasa sedang mengenali. Namun, si dia sedang cuba mencuba nasib untuk membawa hubungan tersebut ke peringat seterusnya. Angka 6 bermaksud, “Please be mine”.
5 Kuntum
Kebanyakan couple yang sering menghadiahkan pasangan dengan bunga ros akan memilih angka 5. Ia mengingatkan semula pasangan bahawa si dia adalah seseorang yang istimewa untuk kamu and you care for that person.
4 Kuntum
Pasangan sedang cuba untuk ‘mengukuhkan cintanya’ terhadap korang. Angka empat bermaksud tiada siapa yang akan menghalang korang untuk bersama.
3 Kuntum
Well, you guessed it.
3 kuntum ros, 3 perkataan magis. I LOVE YOU
2 Kuntum
Korang berada di fasa hangat bercinta. Walaupun 2 adalah jumlah yang sedikit janggal, namun ia bermaksud korang amat mencintainya sedalam-dalamnya.
1 Kuntum
Selalu menonton rancangan The Bachelor di mana si lelaki akan memberikan sekuntum ros kepada peserta yang mara ke episod seterusnya?
Sekuntum ros bermaksud cinta pandang pertama.
Kalau korang ingin memberi hint awal kepada si dia, sekuntum ros sudah cukup untuk date yang pertama.
*
Haa, bolehlah korang gunakan jumlah kuntuman ros sebagai pickup line selepas ini. Hihi!
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!