Hanya sekali lafaz, pelakon versatil, Redza Rosli selamat bergelar suami kepada pelakon meningkat naik, Bella Hanna pada jam 4.05 petang tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
BACA LAGI : Dengan Sekali Lafaz, Imran Aqil Sah Bergelar Suami Kepada Dahlia Rizal
Pelakon drama popular Wanita Syurga itu telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Majlis bertemakan rona putih itu diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras, dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Menjengah ruangan komen menerusi hantaran di Instagram TV3, rata-rata warganet turut menumpang gembira selain mengucapkan tahniah buat Redza dan Bella.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu pernah bergandingan menerusi satu naskhah berjudul Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram TV3