Dengan sekali lafaz, usahawan dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya menamatkan zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah, pada jam 8.47 malam, di sini.
Bersaksikan Putra Glass Hall, Shah Alam, Selangor, pelawak berusia 38 tahun itu dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.
Selain itu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM 8,288 danmanakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Walimatulurus pada malam ini dihoskan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah.
Majlis itu bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakam detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu yang berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.
Ads
Program tiga episod itu turut menemui peminat secara eksklusif bermula 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.
Ads
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.
Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Lana Nordin baru-baru ini menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Mohd Daud David McKienzie yang berstatus mualaf kini sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Lana atau nama sebenar Mazlina Hassan Nodin (44) yang kini masih berada di Tanah Suci turut meluahkan rasa terharu dan bahagia hingga menitiskan air mata saat melihat Kaabah di depan mata
“Alhamdullilah saya adalah isteri, ibu dan anak yang bertuah kerana kami sekeluarga sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama. Terima kasih Allah SWT kerana memudahkan umrah dan memberikan barakah”
“Terima kasih ALLAH SWT kerana menjemput kami ke sini dan merealisasikan doa saya,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak itu turut menzahirkan rasa bangga dan hormat kerana suaminya, David (45) berjaya menunaikan umrah buat kali pertama. Lana juga sempat memuat naik video memaparkan suaminya sedang menyempurnakan saie sambil mendukung anak lelaki mereka dan bertahallul.
“Kepada suami saya, saya sangat bangga dengan awak sebagai isteri. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya, cinta, dan rasa hormat saya kepada awak. Terima kasih Allah atas kurniaan hidayah kepada keluarga saya,” kongsinya.
Sementara itu, rakan-rakan selebriti dan warga internet juga tidak henti mendoakan Lana serta keluarga dikurniakan umrah yang mabrur.
Sekadar info, Lana dan Mohd Daud David McKienzie yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat telah mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Pasangan manis itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn McKenzie (8) dan William Daud McKenzie kini berusia 4 tahun.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat bintang K-pop, pastinya korang masih ingat tentang kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Kejadian yang berlaku kira-kira setahun yang lalu menggemparkan industri K-pop apabila rakan sekerja Sulli menjumpai mayatnya di apartmentnya. Dikatakan juga bahawa penyanyi ini mati bunuh diri kerana tekanan hidup.
Sempena setahun pemergian bintang Korea itu, dikhabarkan televisyen Korea Selatan MBC akan menghasilkan sebuah dokumentari yang menyingkap kehidupan mendiang Sulli.
Dokumentari itu juga memuatkan temu bual bersama ahli keluarga, rakan sekerja dan kenalan di SM Entertainment. Pembikinan ini adalah untuk memperingati ulang tahun pertama pemergian mendiang pada Oktober nanti.
Sulli membuat kemunculan pertama dalam industri hiburan pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-kanak dan memulakan karier nyanyiannya sebagai ahli kumpulan f (x) pada 2009.
Gadis ini meninggal dunia pada 14 Oktober 2019 ketika berusia 25 tahun.
Hm, tak sabar nak tonton dokumentari kisah hidup Sulli ni. Mesti sedih..
Pelakon popular, Shukri Yahaya baru-baru ini mengakui perubahan positif isterinya, Tya Adnan telah memberikan satu suasana baru dalam rumah tangga.
Menurut Shukri atau nama sebenar, Mohd. Shukri Yahaya (36), perubahan Tya bukan hanya terletak pada imej malah wanita kesayangannya itu turut menggandakan amalan harian termasuk membaca Al-Quran.
“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas dia berniqab”
“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja. Cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah. Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon itu meluahkan rasa gembira dengan kebaikan yang dilakukan isterinya. Selain itu, beliau juga turut bersyukur dan mendoakan isterinya itu agar terus istiqamah.
“Tiada apa yang perlu dikatakan lagi mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat,” jelasnya ketika ditemu bual oleh salah satu portal berita tempatan lain.
“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya lagi.
Sekadar info, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan (32) meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu. Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena (8) dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 4 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...