Dengan Sekali Lafaz, Shuib Sepahtu Sah Milik Watie Hanifiah

Share

Dengan sekali lafaz, usahawan dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu akhirnya menamatkan zaman dudanya apabila sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah, pada jam 8.47 malam, di sini.

Bersaksikan Putra Glass Hall, Shah Alam, Selangor, pelawak berusia 38 tahun itu dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.

Selain itu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut memberikan mas kahwin sebanyak RM 8,288 dan  manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

BACA LAGI: Shuib & Watie Nikah 23 Jun Ini, Tiada Majlis Resepsi

Walimatulurus pada malam ini dihoskan oleh pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah.

Majlis itu bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakam detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu yang berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu turut menemui peminat secara eksklusif bermula 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu selamat mengikat tali ikatan pertunangan pada tanggal 6 Mei lepas dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.

Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO:

Published by
Fath