Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan pernah menerima tohmahan daripada orang sekeliling di saat berdepan masalah kemurungan (depresi).
Kata pengasas jenama fesyen terkenal, Neonate Clothing Company itu, penyelamat sebenar ketika dirinya menghidapi masalah berkenaan adalah dengan doa.
“Tak semua orang boleh faham, dulu masa saya mula-mula hidap depresi, orang yang berada di kiri kanan depan dan belakang saya selalu cakap ‘kau tak sembahyang, kau tak ingat tuhan, kau tak minta doa kepada Allah’.
“Sebenarnya perkara itu adalah penyelamat. Sejujurnya saya cakap, mungkin tak semua orang boleh rasa benda ini.
“Tetapi, ubatnya adalah doa. Hari-hari minta kepada Allah supaya kekal dan sentiasa dibantu terus hidup,” katanya kepada Remaja.
Bukan mudah untuk menjalani kehidupan selama dua tahun dengan adanya depresi, Karl turut berkongsi keadaannya yang kini semakin baik.
“Selain harapan itu sebenarnya antara kita dengan Allah. Untuk kembali pulih, ambil masa sebenarnya. Alhamdulillah, selepas dua tahun tiada apa-apa yang mengganggu saya.
“Walaupun saya ada masalah besar yang melanda sekitar dua bulan lalu, tetapi saha relaks sahaja. Mungkin juga saya dah banyak pergi terapi, kaunseling dan rawatan bersama doktor,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Karl Shafek
‘Dunia Bersujud’ Pada 24 Ramadan Ini Sempena World #QuranHour
Sebagai tradisi tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, acara World #QuranHour sekali lagi bakal menemui semua pada 26 April 2022 bersamaan 24 Ramadan 1443H.
Bakal bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio AlHijrah, pejam celik World #QuranHour pada tahun ini telah memasuki edisi ketujuhnya dengan membawakan tajuk ‘Dunia Bersujud’.
Ia merujuk kepada intipati surah Al-Sajdah yang telah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini.
Untuk pengetahuan korang, surah Al-Sajdah menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat ‘Dunia Berbudi & Penyayang’.
Penonton di TV AlHijrah bakal mendengarkan bacaan Surah Al-Sajdah dari jam 12 sehingga 1 tengah hari manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Selain Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan rakan Sinergi Media Malaysia, sesi World #QuranHour ini turut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Bercakap mengenai #QuranHour, ia tidak setakat terhenti pada bulan Ramadan ini apabola terdapat dua lagi program utama yang akan dibawakan oleh penganjur iaitu Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos hadapan dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Untuk pengetahuan korang, pada tahun lalu, World #QuranHour telah diadakan secara hibrid memandangkan negara masih berada pada fasa pandemik. Begitupun, ia telah mencatatkan penyertaan luar biasa dengan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
So guys, jangan lupa untuk meluangkan masa selama sejam bersama-sama World #QuranHour pada 26 April ini bagi menyemarakkan lagi semangat serta makna bulan Ramadan ini buat diri kita sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kutip Pahala Pada Hari-Hari Terakhir Ramadan, Baca Doa Daripada Al-Quran & Hadis Ini
Lebih kurang 3 hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun tahun ini kita akan beraya pada musim PKP, namun ia tidak mematahkan semangat kita untuk menyambut hari kemenangan umat Islam ini.
Dan paling penting kita digalakkan menambah amal ibadah dan mencari pahala sebanyak mungkin di bulan Ramadan ini. Dan sebaiknya berdoa banyak-banyak di bulan Ramadan ini.
Kami kongsikan 10 doa yang korang boleh amalkan perkongsian dari Ustazah ASMA’ HARUN
1. DOA MEMOHON KEAMPUNAN
Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Baginda bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.”
(HR Tirmizi)
2. SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)
Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Hal ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.”
(HR Bukhari)
3. DOA MEMOHON KEBAIKAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
ِرَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
(Surah al- Baqarah: 201)
4. DOA MEMOHON AGAR DITETAPKAN PENDIRIAN
رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِىٓ أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.
(Surah ali-Imran: 147)
5. DOA AGAR DITERIMA AMALAN
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Baqarah: 128-129)
6. DOA MEMOHON KETURUNAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh.”
(Surah as-Saffat: 100)
7. DOA MEMOHON PETUNJUK DARIPADA ALLAH
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”
(Surah al-Kahfi: 10)
8. DOA AGAR DIPERMUDAHKAN UNTUK SENTIASA MEMPERBAIKI IBADAH
اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.”
(HR. Ahmad)
9. DOA AGAR TERHINDAR DARIPADA FITNAH DAJJAL DAN FITNAH KEHIDUPAN SERTA KEMATIAN
Daripada Aisyah r.a. berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ
Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.”
[HR Bukhari]
10. DOA AGAR DIJAUHI DARIPADA PERASAAN HASAD DENGKI
رَبَّنَا ٱغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَٰنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلْإِيمَٰنِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
(Surah a-Hasyr: 10)
*
Wallahualam.
Sumber : USTAZAH ASMA’ HARUN
Vaksin Pfizer Kurang Berkesan Pada Obesiti, Kajian Saintis Buktikan
Vaksin Covid-19 dari syarikat farmasi terkenal dunia Pfizer-BioNTech baru tiba di Malaysia Februari lepas. Vaksin tersebut kini diagihkan kepada frontliner seperti kakitangan kesihatan, polis dan tentera serta diikuti dengan mereka yang berada dalam kumpulan risiko seperti orang tua, penyakit tidak berjangkit dan penyakit pernafasan kronik.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), vaksin Pfizer sebanyak dua dos sangat diperlukan bagi membekalkan imuniti yang mencukupi kepada setiap penerima. Suntikan buat pertama kalinya telah menemui reaksi imun yang lemah selepas beberapa mingu kumpulan penerima mengambil dos yang pertama.
Kemudian dos kedua pula diberikan kepada kumpulan penerima yang sama selepas 3 minggu. Dos kedua yang diberikan ini bertujuan untuk melihat keupayaannya dalam mencegah penularan wabak ini.
Tidak cukup 2 dos
Namun, satu kajian yang dilaporkan Mirror UK, para saintis di Itali mendakwa suntikan dua dos vaksin Pfizer kurang menampakkan kesan perlindungan kepada golongan obesiti atau sesiapa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30.
Kepada golongan obesiti atau terlebih BMI, para saintis Itali secara kerasnya mendakwa bahawa golongan ini dipercayai memerlukan kadar dos suntikan vaksin Pfizer yang lebih banyak berbanding dua dos suntikan seperti disarankan oleh Pfizer untuk melindungi diri daripada terjangkiti COVID-19.
Walau bagaimanapun, kajian ini masih belum ada kata sepakat yang kukuh untuk mengesahkan bahawa suntikan vaksin Pfizer ini kurang berkesan kepada golongan obesiti kerana berdasarkan ujian suntikan vaksin Pfizer terhadap 248 orang obesiti di Institut Fisioterapici Ospitalieri di Rom, hanya 26 peserta sahaja dilaporkan mendapat separuh perlindungan antibodi daripada suntik vaksin Pfizer ini.
Untuk semak BMi korang : Klik disini
Jelas sekali walaubagaimanapun kita kena menjaga kesihatan dan elakkan BMI berlebihan. Virus ini tidak mengenal umur dan mampu untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada obes atau tidak, kita seharusnya menjaga kesihatan dengan lebih baik lebih-lebih lagi dalam waktu sekarang ni.
Sumber : Mirror UK