Inpirasi

“Depresi, Ubatnya Adalah Doa” -Karl Shafek

Share

Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan pernah menerima tohmahan daripada orang sekeliling di saat berdepan masalah kemurungan (depresi).

Kata pengasas jenama fesyen terkenal, Neonate Clothing Company itu, penyelamat sebenar ketika dirinya menghidapi masalah berkenaan adalah dengan doa.

“Tak semua orang boleh faham, dulu masa saya mula-mula hidap depresi, orang yang berada di kiri kanan depan dan belakang saya selalu cakap ‘kau tak sembahyang, kau tak ingat tuhan, kau tak minta doa kepada Allah’.

“Sebenarnya perkara itu adalah penyelamat. Sejujurnya saya cakap, mungkin tak semua orang boleh rasa benda ini.

“Tetapi, ubatnya adalah doa. Hari-hari minta kepada Allah supaya kekal dan sentiasa dibantu terus hidup,” katanya kepada Remaja.

Bukan mudah untuk menjalani kehidupan selama dua tahun dengan adanya depresi, Karl turut berkongsi keadaannya yang kini semakin baik.

“Selain harapan itu sebenarnya antara kita dengan Allah. Untuk kembali pulih, ambil masa sebenarnya. Alhamdulillah, selepas dua tahun tiada apa-apa yang mengganggu saya.

“Walaupun saya ada masalah besar yang melanda sekitar dua bulan lalu, tetapi saha relaks sahaja. Mungkin juga saya dah banyak pergi terapi, kaunseling dan rawatan bersama doktor,” tuturnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Karl Shafek


Published by
Fath