Derita 13 Tahun Berakhir, Remaja Kepala Senget 90 Darjah Kembali Normal

Share

Masalah tulang bengkok bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.

ARTIKEL BERKAITAN : Hati-Hati Bila Ada 4 Tanda Ini, Itu Petanda Ada Masalah Tulang Bengkok @ Skoliosis

Begitulah yang dilalui oleh seorang remaja berusia 13 tahun di India yang terpaksa menangung ‘kepala senget’ sebelah pada sudut 90 darjah selama berbelas tahun.

Image: afsheengul786/Instagram)

Namun, bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila kini remaja ini dilapor dapat menjalani pembedahan kepalanya di Hospital Apollo, New Delhi, India dengan kos sebanyak £26,000 (RM142,277.78). Hal ini setelah satu akhbar tempatan di sana ada berkongsikan mengenai masalah yang dihadapi oleh Afsheen.

Malah dari situlah satu laman telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana perubatan bagi merawat masalah kepala senget sebelah remaja berkenaan.

Risiko Hanya 50% untuk hidup
Bagaimanapun menurut pihak hospital, Afsheen hanya mempunyai peluang kurang daripada 50 peratus untuk hidup jika dia menjalani prosedur pembedahan itu.

Namun, nasib menyebelahi remaja itu apabila dia berjaya menjalani pembedahan tersebut dengan selamat.

Selepas pembedahan Image: afsheengul786/Instagram)

Remaja ini memang bertuah. Afsheen yang menghidap cerebral palsy itu kini berada dalam keadaan sihat. Dia turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.

“Terima kasih Dr. Rajagopalan Krishnan kerana memberi saya kehidupan baru,” tulis Afsheen menerusi laman Instagram. 

Menurut laporan Daily Star., Afsheen Gul yang berasal dari Pakistan itu menderita masalah ini sejak dia berusia lapan bulan.

Difahamkan, Afsheen terdahulu dilahirkan dalam keadaan sihat. Namun satu kejadian tidak disengajakan ketika dia masih kecil telah berlaku. Dia didakwa pernah jatuh tergelincir ketika masih kecil lalu menyebabkan kepalanya menjadi senget sebelah sebanyak 90 darjah.

Moga adik Afsheen terus sihat dan boleh menjalani hidup seperti orang biasa.

BACA LAGI : 7 Selebriti Hollywood Ini Rupa-Rupanya Punya Pasangan Kembar

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Daily Star

Published by
Nana