Muzik

Derma 225 Juta Won Sempena Ulang Tahun Debut Ke-16! IU Siap Kirim Hadiah Pada Penduduk Kawasan Stadium Seoul Sebagai Tanda Maaf

Share

Penyanyi terkenal, IU atau nama sebenar Lee Ji Eun baru-baru ini dilaporkan membuat sumbangan sebanyak 225 Juta Won (RM710,000) kepada pelbagai lembaga sosial di Korea Selatan.

Pihak pengurusan IU, EDAM Entertainment menerusi satu kenyataan berkata, segala derma sumbangan tersebut telah disalurkan atas nama IUAENA, iaitu kombinasi nama IU dan nama rasmi kelab peminatnya.

Difahamkan, dana tersebut telah diberikan kepada beberapa organisasi seperti Persatuan Penyakit Jarang Ditemui Pediatrik Korea Selatan, Organisasi Penghantar Susu Lanjut Usia Kampung Hansarang, dan Rumah Bayi Hansarang.

Menurut beberapa laporan media, ini bukanlah hal baru kerana IU sebelum ini juga kerap memberikan sumbangan setiap kali ulang tahun peringatan debut sebagai bentuk penghargaan atas sokongan peminatnya, UAENA.

Bagi dana kali ini ia akan digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk kos ubat, pendidikan, dan kaunseling psikologi untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang ditemui, beserta sokongan bagi orang lanjut usia dan kemudahan untuk orang kurang upaya.

Sementara itu, bercakap mengenai konsert IU ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING’ yang akan diadakan di Stadium Piala Dunia Seoul pada 21 dan 22 September ini.

Pelantun lagu ‘Love Wins All’ itu juga dilaporkan turut memberikan kejutan berupa hadiah keperluan rumah kepada penduduk kejiranan yang tinggal di sekitar kawasan residensi Seongsan-dong iaitu lokasi yang berhampiran dengan kawasan konsert akan datang.

Menerusi laman komuniti di Korea Selatan, salah seorang penduduk disitu memberitahu itu merupakan kali pertama mereka mendapat hadiah dari selebriti yang mengadakan persembahan di stadium berhampiran dan kebiasaannya sebelum ini mereka hanya bersiap sedia untuk menghadapi gangguan bunyi dan lalu lintas jika sebarang persembahan diadakan.

Terdapat pesanan yang disertakan dalam beg berisi hadiah keperluan plastik pelupusan sampah berbunyi, “Konsert IU akan diadakan selama dua hari di Stadium Piala Dunia Seoul dari 21 dan 22 September. Kami memohon jasa anda (penduduk) untuk memahami dengan baik”.

Kebanyakan penduduk residensi di kawasan sekitar tersentuh dengan perilaku yang dilakukan oleh penyanyi berusia 31 tahun itu. Lebih lagi, ini merupakan kali pertama seorang selebriti yang memberikan hadiah sederhana untuk memohon maaf bagi segala gangguan yang bakal berlaku sepanjang konsert berlangsung.

Sekadar info, konsert ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING’ akan melabuhkan tirai dan IU telah membuat jelajah di 18 bandar besar seluruh dunia selama lima(5) bulan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN