Gempar di media sosial apabila bintang terkenal Im YoonA dikhabarkan bercinta dengan ahli 2PM iaitu Lee Junho menerusi keratan artikel Proof.
ARTIKEL BERKAITAN: 11 Tahun Setia Dengan innisfree, YoonA SNSD Akhirnya Ucap ‘Bye-Bye’ Tapi Sempat Kongsi Tip
Khabar angin tersebut dilaporkan berpunca daripada laporan eksklusif oleh saluran media Proof, di mana mereka mendakwa bahawa orang dalaman industri tersebut yang melaporkan informasi berkenaan.
Orang dalaman tersebut melaporkan bahawa Lee Junho dan Im YoonA telah berpacaran sebelum penggambaran drama hujung minggu JTBC King The Land berlangsung.
Turut dimaklumkan bahawa kedua-duanya dikatakan memilih drama tersebut di atas sebab itu.
Sebagai tindak balas, kedua-dua agensi idola K-Pop tersebut segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Kedua-duanya rapat tetapi laporan bahawa mereka berpacaran adalah tidak benar.
— JYP Entertainment
YoonA rapat dengan Junho, tetapi khabar angin mereka berpacaran adalah tidak benar.
— SM Entertainment
Sebelum ini, ramai netizen mempersoalkan kesahihan laporan itu dengan ramai yang mengecam saluran media itu kerana menyiarkan laporan tersebut hanya berdasarkan khabar angin industri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo, AllKpop
Star Wars : The Rise of Skywalker Kutip RM820 Juta Dalam Masa Kurang Seminggu!
Filem Star Wars yang mula diperkenalkan pada hujung tahun 1970-an sehingga kini berjaya meneruskan legasinya, dan akhir tahun 2019 filem ini kembali dengan sekuel terbaru iaitu Star Wars : The Rise of Skywalker.
Menariknya, walaupun baru saja di tayangkan di seluruh negara pada 19 Disember yang lepas, filem “Star Wars: The Rise of Skywalker” telah pun mengungguli carta box office pada minggu pembukaannya di peringkat antarabangsa dengan kutipan AS$198 juta (kira-kira RM820 juta). Wow!
Tersenarai sebagai salah satu mahakarya terbaik dunia perfileman Hollywood dan juga sains fiksyen, Star Wars merupakan di antara jenama filem yang telah berjaya mengumpul jutaan peminat dari seluruh dunia. Maka tidak hairanlah jika jalan cerita filem ini terus diperkembangkan sehingga menjadi apa yang dipertontonkan kepada masyarakat umum masa kini.
Dan kali ini, sekuel terbaru Star Wars : The Rise Of Skywalker, merupakan sambungan yang memang dinanti-nantikan oleh para peminat tegarnya.
Ini kerana soalan utama dan misteri kisah hidup asal-usul watak penting cerita iaitu Rey, si gadis Jedi yang berjaya menumpaskan rancangan pihak jahat dalam episod sebelumnya bakal terungkai dalam edisi kali ini.
Seperti kesemua filem Star Wars sebelum ini, lakon layarnya dipenuhi dengan kesan visual yang menakjubkan di samping babak-babak aksi yang hebat. Malah terdapat juga adegan-adegan sedih dan mencemaskan yang bakal memberi kesan kepada peminat watak-watak utama lain seperti Chewbacca, dan juga Jeneral Leia.
Kemunculan semula beberapa watak lama yang lain juga turut menjadikan edisi kali ini lebih menarik.
Yang pasti, filem Star Wars kali ini dijangka akan memberikan hiburan maksima kepada semua penonton khasnya pengikut setia Star Wars yang ternanti-nanti lanjutan kisah epik ini.
Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan jika episod ini menjadi satu penutup yang gah untuk legasi filem Star Wars yang sudah begitu sebati dalam budaya pop masa kini.
So peminat Star Wars, kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang apa yang bakal terjadi, pastikan anda menonton Star Wars : The Rise of Skywalker yang sudahpun mula ditayangkan di kesemua pawagam seluruh Malaysia!
Nasihat penulis kalau korang bukan pengikut setia filem ini, pastikan korang menonton dulu sekuel sebelumnya k!
Fazura Terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang, Hebat Isteri Fattah Amin Ini!
Murah rezeki Kak Faz!
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti nan satu ini. Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin merupakan figura yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Hebat sebagai anak seni dalam dunia seni lakonan dan nyanyian dia juga ligat berniaga sebagai salah satu punca rezeki.
ARTIKEL BERKAITAN : Ribuan Ringgit Dihabiskan Fazura Untuk Hargai Staf Sendiri
Mula melancarkan jenama tudung dengan nama Tudung Fazura tahun ini, setiap kali penghasilan koleksi pasti mengundang tular yang mana setiap satu rekaan habis dijual dalam masa yang singkat. Semestinya rekaan yang cantik dan harga yang berpatutan menjadi faktor mengapa ia menjadi pilihan para hijabi di luar sana.
Terbaru, isteri kepada pelakon Fattah Amin, dipilih menerima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang tahunan Malaysia bagi kategori wanita.
Penghargaan itu diberi sempena Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia ke-3, baru-baru ini. Fazura menerusi perkongsian di Instagram miliknya, bersyukur dan berterima kasih di atas pengiktirafan yang diterima.
Ujar Fazura, atas sokongan ramai terhadapnya selama ini, pengiktirafan tersebut merupakan anugerah buat semua.
“Faz (panggilan Fazura) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini,” coretnya.
Fazura turut merakamkan ribuan terima kasih kepada abang kandungnya sendiri kerana sentiasa bersama dengannya di saat susah dan senang.
“Faz juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang juga mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad lalu. Banyak yang kami lalui bersama.
“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan ini. Saya cintakan anda semua,” tulisnya.
Tambah Fazura, Faiz merupakan mentor dan rakan perniagaannya sejak sedekad yang lalu. Akhir sekali, Fazura menyatakan bahawa pengiktirafan yang diraih tidak akan dicapai tanpa sokongan penyokong dan peminat produknya.
“Terima kasih juga kepada Team Fazura yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua.
“Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk Fazura. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua,” ujarnya.
Menjengah ruangan komen perkongsian tersebut, Fazura mendapat ribuan pujian ramai.
Ujar mereka;
Tambah Fazura, Faiz merupakan mentor dan rakan perniagaannya sejak sedekad yang lalu. Akhir sekali, Fazura menyatakan bahawa pengiktirafan yang diraih tidak akan dicapai tanpa sokongan penyokong dan peminat produknya.
“Terima kasih juga kepada Team Fazura yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua.
“Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all. Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk Fazura. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua,” ujarnya.
Menjengah ruangan komen perkongsian tersebut, Fazura mendapat ribuan pujian ramai.
Selain Fazura, pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di majlis berkenaan.
Congrats kak Faz, moga terus maju jaya!
BACA : Sultan Selangor Berkenan Tonton Filem Mat Kilau Bersama Fattah Amin & Fazura
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Kena Sisih Di Tempat Kerja” , Kat Mana Nak Mengadu? Baca Ini..
Pernah tak rasa stres di tempat kerja dengan bos yang terlalu cerewet? Bukan saja cerewet, mulutnya memang tak boleh nak cover-cover langsung bila menyoal sampai kita selalu sakit hati. Selalu pula banding-bandingkan diri kita dengan pekerja lain.
Paling-paling tak, ada yang menyumpah dalam hati. Disebabkan hati terlalu sakit, kita memilih berhenti kerja. Bagi yang pernah alami di diskriminasi di tempat kerja atau selalu berasa diri disisihkan, mungkin korang terutamanya perempuan boleh menulis luahan hati ini di invisiblewomen.com.my yang dilancarkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyeru wanita-wanita yang mengalami diskriminasi gender di tempat kerja untuk bersuara dan berkongsi kisah-kisah mereka.
WAO baru-baru ini melancarkan kempen ‘Wanita Tersisih’ (‘Invisible Women’) sebagai landasan untuk memperluaskan suara wanita-wanita yang mengalami diskriminasi gender. Wanita-wanita ini boleh berkongsi kisah mereka – secara anonim, jika mereka mahu — melalui laman web kempen, invisiblewomen.com.my.
“Tinjauan WAO menunjukkan bahawa 40% wanita hamil mengalami diskriminasi di tempat kerja. Justeru, kami ingin memberikan gambaran di sebalik statistik tersebut bagi menunjukkan impak ketara diskriminasi gender terhadap kehidupan wanita,” kata Presiden WAO, Carol Chin.
“Kempen ‘Wanita Tersisih’ ini menunjukkan betapa kerapnya masalah yang dialami oleh golongan wanita disisihkan di tempat kerja,’ kata Iska Hashim, Pengarah Kreatif Kumpulan Leo Burnett, rakan kreatif kempen tersebut.
Bersama-sama dengan Ketua Reka Bentuk, James Seet, Hashim menerajui pasukan kreatif yang teruja untuk menyumbang terhadap isu ini.
“Pada masa yang sama, masyarakat beranggapan wanita patut mempunyai anak,” jelas penulis teks Leo Burnett, Pia Dhaliwal. “Namun secara professional, jarang sekali sokongan diberikan kepada wanita-wanita untuk berbuat sedemikian. Malah kadangkala, tiada sokongan langsung diberikan.
“Wanita sering disoal ketika temuduga kerja, sama ada mereka merancang untuk mempunyai anak, malah bagi golongan wanita yang hamil pula berpotensi disisihkan di tempat kerja. Jika wanita tersebut berhenti kerja sementara untuk membesarkan anak-anak, mereka akan mengalami kesukaran untuk memasuki semula pasaran kerja” jelas pengarah seni Leo Burnett, Lee Shyyi.
Oleh itu, kempen ini bertujuan untuk memberi gambaran terhadap cerita-cerita sebegini.
“Kami mahu sekumpulan wanita berkongsi kisah mereka untuk menunjukkan betapa luasnya diskriminasi gender ini — dan mengapa kita memerlukan undang-undang yang lebih baik berhubung isu ini,” tambah Chin.
“Pada masa ini, tidak ada undang-undang spesifik yang melarang diskriminasi gender di sektor swasta.”
“Matlamat utama kami adalah untuk menyokong Akta Kesamarataan Gender yang akan melindungi daripada diskriminasi gender. Kami memerlukan input dan sokongan orang ramai untuk menyokong tindakan ini.”
“Apabila kita berkongsi cerita, kita akan mendapati bahawa kita tidak bersendirian. Kita akan sekaligus mewujudkan perasaan solidariti. Anggaplah kempen ini sebagai #MeToo bagi diskriminasi gender,” kata Chin.
Kempen ini akan berakhir dengan sebuah pameran seni yang akan menampilkan kisah wanita-wanita ini yang akan bermula pada 8-18 Mac 2018 di White Box Theatre, Publika.
Kempen ini dibiayai oleh Suruhanjaya Tinggi British.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila lawat invisiblewomen.com.my.