Gempar di media sosial apabila bintang terkenal Im YoonA dikhabarkan bercinta dengan ahli 2PM iaitu Lee Junho menerusi keratan artikel Proof.
ARTIKEL BERKAITAN: 11 Tahun Setia Dengan innisfree, YoonA SNSD Akhirnya Ucap ‘Bye-Bye’ Tapi Sempat Kongsi Tip
Khabar angin tersebut dilaporkan berpunca daripada laporan eksklusif oleh saluran media Proof, di mana mereka mendakwa bahawa orang dalaman industri tersebut yang melaporkan informasi berkenaan.
Orang dalaman tersebut melaporkan bahawa Lee Junho dan Im YoonA telah berpacaran sebelum penggambaran drama hujung minggu JTBC King The Land berlangsung.
Turut dimaklumkan bahawa kedua-duanya dikatakan memilih drama tersebut di atas sebab itu.
Sebagai tindak balas, kedua-dua agensi idola K-Pop tersebut segera mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Kedua-duanya rapat tetapi laporan bahawa mereka berpacaran adalah tidak benar.
— JYP Entertainment
YoonA rapat dengan Junho, tetapi khabar angin mereka berpacaran adalah tidak benar.
— SM Entertainment
Sebelum ini, ramai netizen mempersoalkan kesahihan laporan itu dengan ramai yang mengecam saluran media itu kerana menyiarkan laporan tersebut hanya berdasarkan khabar angin industri.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Koreaboo, AllKpop