Devi Kembali Untuk ‘Never Have I Ever’ Musim 2, ‘To All The Boys’ Juga Bagi Hint Sekuel

Share

Selepas beberapa bulan projek-projek filem dan drama popular di Hollywood terhenti seketika akibat perintah berkurung di sana, kini produksi di sana sudah semakin bebas untuk memulakan semula produksi secara perlahan-lahan, dan itu termasuklah 2 cerita kegemaran korang di Netflix ini.

Siri komedi remaja Netflix Never Have I Ever dilaporkan bakal kembali untuk musim keduanya tak lama lagi.

Siri ini mengisahkan tentang Devi Vishwakumar (Maitreyi Ramakrishnan) yang sedang mencari cuba mencari identiti diri sendiri sebagai seorang remaja India beragama Hindu di sekolah Sherman Oaks, California. Selain mencari identiti, dia juga percaya ini adalah waktu terbaik untuknya dan 2 lagi orang kawannya untuk mencari teman lelaki.

Setelah musim pertama siri ini berakhir apabila 2 orang pelajar lelaki (Ben Gross dan Paxton Hall-Yoshida) ‘tersangkut’ dengan drama cinta Devi, ramai peminat Never Have I Ever yang tak sabar menantikan sama ada ia akan disambung ke musim kedua. Dan jawapannya adalah..

YES!

Netflix mengesahkan berita tersebut menerusi panggilan Zoom dengan Maitreyi dan beberapa lagi pelakon lain. Tiada siapa melainkan Maitreyi yang lebih excited dengan pengumuman itu kerana baginya, dilema warna kulit dan perbezaan kaum di Amerika Syarikat terutamanya sedang memuncak pada masa ini.

“Ramai penduduk berlainan bangsa, warna kulit dan komuniti Asia Selatan terbiasa untuk diketepikan (dalam industri lakonan). Kiita sudah terbiasa untuk sekadar menjadi penyeri komedi. Jadi Never Have I Ever menawarkan sesuatu yang segar dan berbeza,” katanya.

But wait for it, bukan hanya siri ciptaan Mindy Kalling itu saja yang akan mendapat peluang sekuelnya.

Francais popular ‘To All The Boys’ juga sedang bersiap sedia untuk memasuki set penggambaran bagi filem ketiganya. Dengan judul To All The Boys 3 (buat masa ini), mereka baru sahaja mengeluarkan sebuah klip sneak peak bacaan dialog bersama pelakonnya, Lana Condor dan Noah Centineo!

Sekali lagi dilakukan menerusi panggilan Zoom atas dasar keselamatan serta kesihatan, perbualan selama sejam itu berfokuskan kepada kempen All Lives Matter yang sedang hangat diperkatakan di Amerika Syarikat. Hanya di bahagian akhir klip itu, mereka membacakan beberapa dialog daripada filem terbaru.

Ia melibatkan babak bersama Peter Kavinsky dan Lara Jean Covey semasa sedang makan malam. Peter seperti biasa suka berborak dan tidak perasan dengan perubahan mood Lara Jean. Cer tengok klip di bawah ini.

Walaupun babak tersebut sekejap, namun Lana menjayakannya dengan penuh emosi dan menyarungkan pakaian yang amat menepati citarasa Lara Jean.

*
Kedua-dua produksi besar Netflix ini masih belum mempunyai tarikh tayangan masing-masing. Namun update ini sudah cukup untuk mengesahkan bahawa ia akan datang tidak lama lagi.

Buat masa ini, korang boleh menonton beberapa filem keluaran Netflix seperti di bawah.

 

Published by
FZ