Kalau sudah jodoh, tidak ke mana jua.
Percintaan jangka masa panjang yang terjalin di antara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose dan pelumba Formula 2 negara, Nabil Jeffri akhirnya membawa ke jenjang pelamin pada malam ini.
Bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, Raysha selamat bergelar isteri kepada Nabil dengan sekali lafaz di hadapan jurunikah yang juga bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad sambil disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.
Pada majlis akad nikah yang dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu itu, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran & ia dibalas dengan jumlah dulang hantaran sama oleh pihak pengantin perempuan.
Begitupun, nilai wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.
Raysha cantik mengenakan busana rekaan Teh Firdaus, wajahnya dirias oleh Syed Faizal Syed Noh manakala rambut hasil dandanan CKay Liow.
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan mengenai majlis pertunangan yang diadakan pada 22 Disember, tahun lalu secara tertutup. Namun ia hanya didedahkan menerusi hantaran di media sosial bersempena tarikh Hari Kekasih, 14 Februari 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, Saya Sudah Bertunang..” Raysha Rizrose Selangkah Ke Alam Perkahwinan – REMAJA
Sementara itu, Raysha dan Nabil dijadualkan bakal melangsungkan majlis respesi di lokasi hotel sama seperti malam ini.
Tahniah Raysha dan Nabil!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.