Bahang Dewi Remaja 2019 semakin terasa. Pencarian bakal dewi telah pun berakhir minggu lalu setelah kami mengadakan sesi uji bakat selama 4 hari di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Sambutan yang diterima amat mengalakkan kerana calon yang hadir adalah lebih ramai berbanding tahun lepas.
Sudah tentu pilihan yang hendak dibuat sama sekali tidak mudah. Beratus calon yang datang, hanya 20 orang sahaja akan disenarai pendek untuk menjadi finalis Dewi Remaja 2019.
Walau bagaimanapun nampaknya seperti rumah sudah siap, namun pahat masih berbunyi. Pelbagai desas desus yang didengar tentang spekulasi pencarian Dewi Remaja 2019 kini hangat diperkatakan di media sosial.
Ada yang berpendapat bahawa pihak majalah Remaja kali ini lebih memilih instafamous dan individu yang mempunyai followers yang ramai di Instagram.
Nah, guys kami nak jelaskan ini adalah spekulasi yang wujud daripada netizen. Kami bertanyakan jumlah followers untuk mengetahui peribadi mereka di luar sana bukan kerana untuk memilih mereka yang sudah terkenal.
Bayangkan ada yang mempunyai followers berpuluh ribu, tetapi ruangan fotonya hanya ada 6 gambar. Bila ditanya, terdapat banyak gambar yang di archive untuk berselindung tentang kehidupan mereka.
Sudah tentu pihak kami ingin mengenali korang dengan lebih jelas, jadi kerana itu kami bertanyakan tentang followers dan akan meminta calon untuk unarchive segala gambar yang ada.
Calon terpilih bukan semuanya ‘Instafamous’
Tidak ada isu pihak Remaja hanya memilih daripada golongan instafamous sahaja. Ia terdiri daripada peserta sama ada popular atau tidak, mereka perlu melayakkan diri dari stage 2 ke stage 3. Mereka ini bukan hanya setakat instafamous sahaja.
Istimewanya sesi uji bakat tahun ini pihak juri turut bertanyakan tentang soalan berkaitan pengetahuan am. Jadi, kalau korang tak lepas nak jawab, instafamous pun kami reject tau. Hiks!
Daripada stage 2 lagi, para peserta akan ditanya tentang soalan pengetahuan am dan kami juga melihat presentation diri peserta. Dari situ kami sudah mula menilai sama ada mereka layak atau tidak.
Sekiranya ada yang ingin mencetuskan spekulasi bahawa pihak Remaja hanya memilih dari golongan instafamous dan yang cantik sahaja, itu adalah tidak benar kerana syarat penyertaan tidak mengehadkan ketinggian atau pun berat badan. Semua calon boleh menyertai sesi uji bakat melalui walk in, tiada fasa yang mengatakan ini adalah uji bakat berdasarkan jemputan.
Clara James antara peserta yang hanya mempunyai 1,919 followers di Instagram
Peserta yang merupakan seorang pemandu grab mempunyai followers seramai 2,036
Namun begitu, sekiranya selepas ini ada diantara finalis yang terpilih merupakan seorang instafamous, ia bukanlah hanya bergantung kepada jumlah followers sahaja. Apa yang lebih penting adalah cara mereka membawa diri di dalam sesi interview dan potensi yang ada pada mereka sebagai seorang finalis Dewi Remaja.
Keputusan ini juga dibuat berdasarkan kepada diskusi yang telah dilakukan oleh pihak penganjur dan pihak juri.
Kami juga tidak sempat untuk merakamkan keseluruhan sesi uji bakat secara live di instagram. Hanya beberapa orang sahaja yang terpilih secara random untuk tampil di media sosial Remaja. Jadi tidak ada isu yang mengatakan bahawa kami hanya memilih golongan dari instafamous.
Malah, di beberapa video instagram kami juga turut menyelitkan individu lain yang datang uji bakat dan bukannya seorang instafamous.
Walau bagaimanapun, kami faham bahawa Pencarian Dewi Remaja merupakan program yang diikuti oleh orang ramai sejak dulu lagi. So, mereka sering membandingkan antara edisi dulu dan terkini. Kami faham dan akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk mencari juara pada edisi akan datang.
Nantikan pengumuman finalis top 20 tidak lama lagi dan jangan lupa untuk menonton Dewi Remaja 2019 yang bakal ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD akan datang.
***
Hey girls, We’re Back
https://www.youtube.com/watch?v=AXAM0QZxZyE