Tiga tahun yang penuh dengan memori manis telahpun berlalu sejak Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019, kini pencarian ikonik dalam kalangan gadis remaja di Malaysia ini kembali semula bagi edisi ke-12 pada tahun 2022.
Majalah Remaja isu Mac 2022 bersama (dari kiri) Syamira Nazir, Nina Amin, Shaza Bae, Myra Natasya dan Adriana Ghafar. FOTO Azfarina Sulaiman/Ideaktiv
Buat Shaza, 27 yang semakin memahat nama sebagai pengacara tetap program HLive dan pelakon drama popular, kelebihan sebagai Dewi Remaja telah membuka pintu peluang baginya menceburi minat dalam industri seni hiburan.
Dalam pada itu, Shaza turut meneroka sisinya sebagai seorang pengajar setelah bergelar pensyarah sambilan di sebuah universiti awam demi misi ‘give back’ yang sentiasa ada dalam dirinya.
Ads
Segala itu dikecapi dalam masa tiga tahun dan kami pasti, lebih banyak pencapaian serta keinginan yang ingin dimaterialisasi oleh Shaza selepas ini. Ia juga secara tidak langsung telah menginspirasikan lebih ramai gadis di luar sana untuk mengikut jejak langkah Shaza dan bekas juara Dewi Remaja yang lain seperti Raysha Rizrose, Neelofa, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Sekembalinya pencarian Dewi Remaja untuk edisi 2022, anda juga boleh mencapai impian anda dengan menyertai sesi uji bakat yang bakal tiba di lokasi anda!
Misi kami adalah untuk mencari individu yang mampu menyebarkan inspirasi positif kepada masyarakat. Mereka ini haruslah dibekalkan dengan potensi yang boleh digilap, berbakat besar, berkarisma serta mempunyai ciri-ciri tepat sebagai seorang figura awam.
Ads
Nantikan kehadiran kami di:
• Hotel Thistle Johor Bahru, JOHOR(5 & 6 Mac)
• The Palace Hotel Kota Kinabalu, SABAH(12 & 13 Mac)
• Vouk Hotel George Town, PULAU PINANG (19 & 20 Mac)
• Bangunan Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, SELANGOR(26 & 27 Mac)
Ads
Kaunter pendaftaran akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Peserta yang hadir perlulah telah lengkap vaksinasi, membawa kit ujian kendiri Covid-19 dan melakukan ujian kendiri sebelum memasuki premis uji bakat.
Jangan lupa untuk mengisi borang pendaftaran secara atas talian DI SINI. Di situ juga tertera borang manual yang perlu dicetak sendiri oleh peserta dan lengkap diisi sebelum hadir ke lokasi uji bakat.
All the best dan #PesonakanBintangmu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah cukup tujuh hari, pelakon cantik yang merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan wajah dan jantina cahaya mata kedua di laman instagram miliknya.
Sebelum ini, Anzalna menjelaskan tidak mahu mendedahkan lagi jantina anak kerana ingin membuat kejutan buat keluarganya yang sedang bercuti di Eropah. Namun pagi tadi, selebriti ini sudah mula memuat naik foto keluarga bersama cahaya mata baharu mereka yang diberikan nama Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif, membawa maksud ‘Princely Ruler’.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan teruja melihat kecomelan Mohamad Emirhan.
Untuk info, Anzalna dan suami telah berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan anak pertama, Mohamad Eidress yang kini berusia hampir tiga tahun. Anzalna turut menjadi finalis Dewi Remaja pada tahun 2009 bersama-sama dengan selebriti lain seperti Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Elisa Chew atau nama penuhnya Nur Ezlin Elisa Binti Kamal Chew (21) melakar pencapaian tersendiri apabila dinobatkan sebagai Dewi Persahabatan Dewi Remaja 2025. Finalis kacukan Melayu-Cina ini mengakui kemenangannya amat bermakna kerana hadir daripada sokongan rakan-rakan seperjuangannya sendiri.
“Pada mulanya memang tak sangka pun… tapi bila nama dipanggil, saya rasa terharu sangat sebab kawan-kawan Dewi undi saya,” kongsinya ringkas, menyifatkan hubungan mereka sebagai sesuatu yang ingin dikekalkan walaupun pertandingan sudah melabuhkan tirai.
Elisa yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik berkata, antara detik paling meninggalkan kesan sepanjang pencarian tersebut ialah ketika sesi penggambaran montaj selama dua hari. Walaupun disediakan beberapa bilik untuk keselesaan, seluruh 12 peserta memilih untuk bercampur dan tidur sebilik demi mengukuhkan ikatan awal.
Menurut gadis yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu, momen bertukar pakaian, makan bersama dan berbual panjang pada hari pertama itu membuka ruang untuk mereka lebih selesa antara satu sama lain serta menyifatkan pengalaman tersebut menjadi bukti kukuh bahawa perjalanan Dewi Remaja bukan semata-mata tentang pertandingan, tetapi juga tentang persahabatan.
Selepas Dewi Remaja melabuhkan tirai, Elisa yang pernah muncul dalam program Ceria All Stars ini memasang impian untuk mendalami bidang lakonan. Mengakui dirinya masih baru, beliau berhasrat mengikuti kelas lakonan bagi menambah kemahiran sebelum terjun lebih jauh ke dalam industri.
Sebelum menyertai dunia seni, Elisa bukanlah remaja biasa. Sejurus tamat sekolah, beliau sudah mula bekerja, membuka kafe sendiri dan bertugas sebagai pemandu pelancong di sebuah syarikat komersial. Minatnya terhadap seni hadir sebagai satu cabang baharu yang ingin diterokai demi keluar dari zon selesa.
Tambahnya, Elisa berharap hubungan erat yang terbina antara peserta Dewi Remaja 2025 kekal utuh walaupun masing-masing bakal membina kerjaya sendiri selepas ini. Selain itu, Elisa juga sempat mengingatkan kembali nasihat pelakon dan juri Dewi Remaja 2025, Nabila Huda yang lebih mesra dipanggil Kak Abil, untuk sentiasa bersikap baik dan merendah diri, menjadi prinsip yang ingin dibawa sepanjang perjalanan karier.
Dengan personaliti ceria, latar belakang unik serta semangat mencuba sesuatu yang baharu, Elisa Chew dilihat berpotensi besar menjadi wajah segar dalam industri lakonan tempatan. Gelaran Dewi Persahabatan hanyalah permulaan buatnya dan jelas, gadis ini bersedia untuk melangkah lebih jauh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, Dewi Remaja 2019 sudah memasuki minggu ketiga dan kali ini, mereka perlu menjayakan tugasan lakonan.
Berbeza dengan musim-musim yang lalu, sebelas orang finalis kali ini diberikan cabaran untuk berlakon secara live di pentas berprestij Istana Budaya.
Bukan calang-calang orang tau yang mendapat peluang tersebut. Oleh itu, juri tetap Dewi Remaja 2019 memandang tugasan ini sebagai sesuatu yang serius.
Finalis dibahagikan kepada 2 buah kumpulan yang perlu melakonkan skrip Tentang Rindu dan Bunga Malam.
Jom lihat apa komen juri mengenai persembahan mereka.
*
*
TENTANG RINDU
.
Nina Amin
“Sebagai ketua kumpulan, saya memilih skrip Tentang Rindu kerana sukakan genre zaman sekolah dahulu. Setelah berbingcang, kami agihkan karakter mengikut pelakon yang sesuai.”
Yusry: Bagi saya, awak memilih karakter yang terlalu selamat. Walaupun ia adalah watak pendiam namun awak boleh variasikan lagi watak itu.
Pendiam tak semestinya perlu tundukkan kepala. Seharusnya awak perlu get out of your comfort zone. Usah lakonkan karakter yang sama dengan diri sendiri.
.
Syamira Izzati
“Saya memegang watak gangster sekolah yang takutkan cikgu.”
Scha: Saya rasakan karakter awak sedikit dibayangi oleh karakter gangster Shaza Bae dan Azra. Satu kerana awak banyak kali tersasul. Kedua, saya tak rasakan awak menjiwai watak itu sepenuh hati.
Bukan bermaksud awak tak bagus, tetapi minggu ini awak sedikit tenggelam.
.
Dian Fernandez
“Sofea ialah kawan kepada Rindu yang selalu mempertahankannya daripada pembuli. Abangnya pula menghidap kanser dan mencintai kawan baiknya itu.”
Yusry: Kelebihan awak dalam nyanyian di atas pentas membuatkan awak menyerlah. Dari segi lakonan pula awak kena polish lagi kerana ketara yang awak masih menghafal skrip.
.
Sharlina Gilbert
“Saya melakonkan watak cikgu yang menjadi tempat mengadu para pelajarnya.”
Scha: Saya ternanti-nantikan reaksi muka awak terhadap pelajar yang ‘membuat hal’ tetapi tiada. Dialog yang tegas tak selari dengan raksi muka.
Sayang awak tak explore watak cikgu ini dengan lebih kerana saya tak nampak kuasa awak untuk ‘control’ pelajar sendiri. Banyakkan berlatih di hadapan cermin.
.
Azra
“Saya merupakan salah seorang gangster sekolah, tetapi saya perlu menjaga standard di hadapan orang lain. Tak boleh kasar tidak bertempat kerana saya ketua mereka.”
Yusry: Hari ini, persembahan awak lebih relaks lalu membuatkan lakonan awak lebih mudah dipercayai berbanding peserta lain.
Bagus awak mengambil masa untuk melontarkan dialog satu persatu. Walaupun awak tak setinggi peserta seperti Nina Amin, tetapi lakonan awak membuatkan awak lebih menyerlah berbandingnya.
.
Shaza Bae
“Saya menonton filem Mean Girls untuk mencari keserasian watak saya dengan Amanda Seyfriend. Mereka berdua perlu menjadi seorang yang bimbo.”
Yusry: Saya suka apabila awak kekal in character walaupun orang lain yang sedang berdialog. Tambahan pula ketinggian awak membantu untuk menyerlahkan pesona gangster awak itu.
*
*
*
BUNGA MALAM
.
Ash
“Pada mulanya saya dan Adriana teragak-agak siapa seharusnya memegang watak iu. Tetapi saya ingin melakukan kelainan, lalu saya yang dipilih.”
Yusry: Saya tahu awak seorang yang kurang keyakinan pada minggu lalu. Tetapi minggu ini awak konsisten dan membuatkan penonton percaya dengan watak awak sebagai seorang ibu.
.
Adriana
“Saya cuba untuk mempertahankan abang saya yang difitnah.”
Scha: Saya rasa awak masih banyak ‘menyimpan’ potensi. Saya pelik mengapa awak memilih watak simple ini sedangkan awak sebagai ketua kumpulan boleh memilih watak yang mencabar. Sayang awak tak menyerlah berbanding yang lain di dalam grup tersebut.
.
Saidah Kamarudin
“Saya merupakan seorang joyah antagonis dalam kampung itu.”
Scha: Teamwork yang awak ada bersama seorang lagi watak antagonis (Nynaa Harizal) amat bagus. Namun, awak perlu belajar untuk menjaga timing. Awak perlu beri ruang kepada karakter lain untuk segmen dialog mereka.
.
Nynaa Harizal
“Saya cuba untuk berdialek Kedah untuk memasukkan elemen komedi dan Ibu Fauziah Nawi bersetuju dengan idea itu.
Yusry: Walaupun Fauziah Nawi berkata dialek awak tidak convincing, namun saya suka apabila awak cuba untuk membezakan watak ini dengan watak Saidah. Ia langkah yang bijak.
.
Shatirah Amanda
“Saya ialah seorang isteri yang disembunyikan suami di hutan kerana sedang berubat.”
Scha: Lakonan awak nampak seperti golongan Bangsawan walaupun hakikatnya awak adalah orang biasa. Namun, nyanyian ‘Malam Bulan Dipagar Bintang’ awak membuatkan saya mempercayai lakonan awak. Walaupun screen time lama tapi saya tidak rasa bosan menonton.
*
*
Walaupun Yusry dan Scha mengakui bahawa kesemua finalis sememangnya boleh berlakon, namun setelah diadili persembahan Nina Amin dan Sharlina Gilbert adalah yang tercorot pada minggu ini.
“Sayang sangat kerana mereka berdua ada potensi tetapi pada minggu ini banyak ‘play safe’ walaupun hakikatnya mereka di hadapan finalis lain.
“Oleh sebab itu, kami terpaksa memilih Nina Amin sebagai finalis yang meninggalkan Dewi Remaja 2019 pada minggu ketiga ini.
.
.
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan sebelum 25 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 2
1. Namakan kedua-dua skrip yang perlu dilakonkan dalam episod ketiga Dewi Remaja.
2. Siapakah finalis yang berjaya memenangi cabaran mini (mini challenge)?
3. Di manakah lokasi persembahan teater yang perlu dilalui oleh finalis pada minggu ini?
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 25 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 4 minggu hadapan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.