Dahulu pada era pertengahan 90-an, semua orang bercakap mengenai Dewi Remaja 1995/1996 ini.
Wan Khatijah Wan Othman, antara alumni pemenang Dewi Remaja yang telahpun berjaya!
Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Wan telah kami temui di set rancangan temubual, Pink Point! di stesen TV Al-Hijrah, awal minggu ini.
“Lama tak jumpa dengan REMAJA! Kali terakhir semasa photo shoot tahun 2014.”
Kak Wan masih seperti dulu, cantik dan petah bercakap sehinggakan dua orang finalis Dewi Remaja 2018/2019 yang ada bersama kami mudah mesra dengan beliau.
Aween Ismail, 20 dan Ernisha, 23 merupakan dua wakil finalis berhijab pada edisi kali ini. Tentunya, Kak Wan boleh memberikan sedikit pesanan kepada mereka dan finalis yang lain.
“Remaja bagi Kak Wan sudah banyak berubah berbanding zaman saya dahulu. Dulu, parents hanya perlu tanyakan soalan seperti “Dah makan?” atau “Okay ke dekat sekolah hari ini?”
“Tetapi sekarang, Kak Wan sebagai seorang ibu perlu lebih peka dan bertanyakan soalan seperti, “Handphone okay?”
“Samalah seperti peserta Dewi Remaja pada tahun ini. Mereka perlu peka dengan isu yang dihadapi remaja dan cuba sebaik mungkin menjadi contoh dalam menangani isu tersebut.
“Peserta tak perlu pergi jauh untuk mencari isu, mereka hanya perlu lihat pada diri sendiri. Kamu sebagai remaja tentu lebih memahami isu yang dihadapi oleh rakan sebaya kamu kan” jelas kak Wan penuh harapan.
“Lagipun bagi Kak Wan, remaja perempuan sekarang seharusny lebih pantas dalam ‘mendidik’ minda untuk menjadi bijak atas setiap tindakan mereka.
Phone dalam genggaman kan? Gunakannya sebaik mungkin.
“Phone itu bukan je digunakan untuk belajar perkara baru. Kita juga boleh belajar daripada kesilapan yang dilakukan orang lain dari seluruh dunia,” katanya yang kini selesa sibukkan diri dengan keluarga dan sekali-sekala melancong ke luar negara.
“Dewi Remaja adalah batu loncatan untuk ramai selebriti yang wujud sekarang. Dari sinilah, ramai produser atau pengarah akan nampak bakat yang ada pada kita.
“So, Kak Wan harap you girls akan lakukan yang terbaik. Be confident, but not overly confident okay. All the best.”
Dewi Remaja episod pertama akan ditayangkan pada 25 November (Ahad) ini, pada jam 10.30 malam di Astro RIA (104) dan RIA HD (132). Kemudian, ikuti LIVE bersama finalis di Instagram @majalahremaja pada jam 11.30 malam.