Namun pada kali ini, bukan saja atlet berusia 19 tahun ini mengenggam sebutir pingat gangsa untuk Malaysia tetapi juga mencatat rekod tersendiri.
Ini kerana sejak kejohanan Diving World Series diperkenalkan pada tahun 2007, atlet terjun negara belum pernah menghabiskan saingan secara perseorangan di atas podium tersebut.
Maka, pingat gangsa yang dimenangi oleh Bitah semalam menjadikannya sebagai atlet solo pertama yang melangkah naik ke podium untuk acara 3m papan anjal wanita.
Sebelum ini, atlet terjun negara yang pernah menghadiahkan pingat untuk negara di DWS adalah menerusi acara 3m papan anjal seirama (Cheong Jun Hoong – Wendy Ng Yan Yee) dari tahun 2013 ke 2014.
Sudah tentu, Bitah bersyukur dengan kejayaannya itu. Menerusi sebuah posting di Instagram hari ini, Dhabitah berkata, “Alhamdulillah, saya tidak pernah terfikir saya akan memperolehi pingat dalam acara individu dan bertanding bersama penerjun berkelas dunia.
“Saya tak boleh lakukannya tanpa sokongan keluarga, rakan sepasukan dan penyokong Malaysia. Saya juga berbangga dengan rakan saya Syafiq dan Wendy Ng yang sama-sama berjuang bersama saya sehingga ke penghujung,” katanya lagi.