Balai Seni Negara telah mempersembahkan program sokongan ‘NIYAT HOKI’ serentak dengan tayangan perdana video seni abstrak ‘NIYAT’ yang merupakan kali pertama dalam Pameran Hanya Satu ke-6: ‘NIYAT’ oleh Dhan Illiani Yusof dan kolektif seni tempatan, KolmeGlu.
Dhan Illiani, seorang pengkarya muda tempatan yang juga memiliki keistimewaan sebagai pemain hoki ais wanita kebangsaan akan mewakili negara pada Sukan SEA 2025. Oleh itu, latar pameran ini diinspirasikan daripada sukan yang diceburinya.
‘NIYAT HOKI’ adalah sebuah persembahan yang mengetengahkan sukan hoki ais wanita, mengambil inspirasi dari pelbagai reaksi, tanggapan, dan pandangan masyarakat terhadap sukan yang melibatkan wanita muda.
Salah satu misi di sebalik acara ini adalah untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang hoki ais sambil menekankan kepentingan dan potensi sukan ini untuk mendapatkan sokongan, terutamanya dari pihak penaja.
Ads
Selain itu, persembahan seni ini juga diadakan sebagai ‘NIYAT’ untuk memperkaya pengalaman keseluruhan pameran, memberikan pandangan dinamik tentang makna sebenar ‘NIYAT’ melalui sesi perbincangan seni selepas acara tersebut.
Ads
Dhan Illiani berkarya menerusi olahan seni bertujuan untuk menyelami dan merangsang respons masyarakat, memaparkan dilema dan pertimbangan etika dalam tujuh sisi ‘NIYAT’ yang disulam dalam naratif visual yang berbeza bagi setiap pengunjung.
Istilah ‘NIYAT’ diambil daripada perkataan Melayu ‘Niat’ dan perkataan Arab ‘Niyyah,’ kedua-duanya berkongsi makna tersurat dan tersirat. Ia juga berfungsi sebagai gelaran untuk pengkarya Dhan Illiani.
Ads
Pameran Hanya Satu ke-6: ‘NIYAT’ oleh Dhan Illiani akan berlangsung sehingga 19 Februari 2024. Rakyat am dijemput untuk meneroka dunia unik ‘NIYAT’ secara percuma di Balai Seni Negara. Jadi untuk anda yang mahu menyelami dunia seni Dhan Illiani, jangan lepaskan peluang ini!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman telah pun dilantik sebagai Pro-Canselor baharu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuat kuasa 12 Julai 2021 hingga 11 Julai 2024.
Istiadat pemasyhuran Che’Puan Besar Khaleeda dijadual bakal berlangsung pada 23 Oktober ini sempena Majlis Konvokesyen ke-64 UTM.
“Pihak UTM merafak sembah tahniah dan menjunjung kasih di atas perkenan Yang Amat Mulia Che’Puan Besar Khaleeda untuk menerima lantikan sebagai Pro-Canselor UTM,”
“Dengan pelantikan ini, UTM yakin baginda akan dapat menyumbang dalam usaha kea rah merealisasikan misi UTM untuk menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah negara selain meneruskan khidmat kepada masyarakat selaras dengan inisiatif ‘UTM Mensejahterakan Kehidupan’,” menurut UTM dalam kenyataannya.
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur, seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan selain menjadi Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor dan Persatuan Badminton Negeri Johor.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor pada 2001 hingga 2003, seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah St. George’s Hanover Square, London (2003 hingga 2004), Sekolah Menengah Westminster Academy, London (2004 hingga 2008) dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur (2010).
Tahniah Remaja ucapkan kepada YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman atas pelantikan ini.
Mendapatkan tubuh yang sihat bukanlah mustahil andai disertakan dengan penjagaan pemakanan yang sihat. Makanan yang menyihatkan pula tidak seharusnya susah untuk dibuat dan tidak pula mahal.
Sebagai contoh, resipi kerabu suun yang sangat universal. Resipi yang dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid ini menampilkan bahan-bahan yang cukup mudah untuk didapati dan meriah dengan sayur sayuran.
Sesuai dipadankan untuk dimakan bersama nasi, namun begitu ia boleh dimakan begitu sahaja.
BAHAN UTAMA
200 g suun
1 biji tomato – dihiris
3 helai daun bawang – hiris kasar
½ cawan ikan bilis goreng
½ biji cili hidup (merah) – dihiris
½ biji cili muda (hijau) – dihiris
1 sudu makan daun ketumbar – dihiris (jika mahu)
1 biji cili padi merah – dihiris
1 biji cili padi hijau – dihiris
½ cawan lobak merah – diparut
1 sudu makan bawang putih goreng
½ cawan daun sup – hiris kasar
½ cawan kacang goreng
BAHAN SOS
1 cawan minyak bawang putih
¼ cawan jus limau nipis/ lemon/ cuka
3 sudu makan sos ikan/sos sotong
1 sudu teh garam/ secukup rasa
1 sudu makan gula/ secukup rasa
Rendam suun dengan air panas selama 3-4 minit, kemudian toskan air panas. Tidak perlu bilas dengan air sejuk
Apabila sun menjadi sedikit sejuk, letak sedikit minyak dan relai-relaikan (seperti kita buat pada spageti)
Tuangkan kuah kerabu ke dalam suun dan gaulkan. Boleh ambil kesempatan untuk lerai-leraikan lagi suun pada masa ini
Tambah sayur-sayuran dahulu dan kacau rata
Kemudian campur bahan rapuh (ikan bilis, bawang putih goreng) dan kacau rata sekali lagi
Siap untuk dihidang
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini menandakan hari pertama empat buah negeri yakni Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Biarpun kita semua masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri, sekurang-kurangnya pergerakan kita tidaklah terlalu disekat dan jika kita berdisplin dalam menjaga SOP harian, tidak mustahil sempadan negeri bakal dibuka kelak.
Sekiranya perkara itu terjadi tidak lama lagi, tidak mustahil tarikan terbaru di Tanjung Tualang, Perak ini bakal menjadi tumpuan ramai pelancong dalam negara.
Terletak kira-kira 40 minit daripada bandar Ipoh, Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) Perak bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah di Perak.
Di sana, terdapat sebuah kapal korek berusia lebih 82 tahun yang telah bertukar fungsi sebagai muzium bersejarah.
Untuk menambah tarikan di sana, sebuah taman ‘maze’ yang dikhabar merupakan taman terbesar seakannya di Malaysia kini telahpun siap dibina dan bersedia menerima kunjungan pelancong. Konsep taman tersebut sendiri terbahagi kepada bahagian terbuka dan berteduh.
Dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, REMAJA merasakan bahawa kawasan TT5 ini akan menjadi salah satu pusat persinggahan orang ramai yang ingin mencari kelainan semasa meluangkan masa cuti kelak.
Bukan hanya ia indah untuk korang potretkan OOTD masing-masing di Instagram. Malah korang juga meraih ilmu baharu berkenaan sejarah kegemilangan industri perlombongan di Perak satu ketika dahulu.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...