Nampak kecil usaha yang diberikan oleh penduduk di Gaza ini. Namun ia amat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia.
Khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 semalam, penduduk di sana khabarnya telah menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakn sebagai simbol penghargaan kepada sumbangan dan peranan Malaysia dalam usaha membebaskan negara Palestin daripada pendudukan Israel secara haram.
Dalam foto yang dimuat naik oleh pengerusi Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) iaitu Muslim Imran itu, ia menampakkan sebuah papan tanda jalan dinaikkan di Bulatan Ansar, Gaza demi menamakan jalan di barat Gaza itu sebagai Malaysia Street.
Ini merupakan terjemahan catatan yang tertulis pada papan tanda tersebut.
“Malaysia : Ia merupakan salah sebuag negara Asia Tenggara yang telah mencapai kemerdekaanny daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957, dan ibu negaranya ialah Kuala Lumpur.
“Malaysia mempunyai peranan pentin dalam menyokong perihal berkaitan rakyat Palestin. Ia sering meminta agar penjajahan Israel dihentikan dan inginkan hak penduudk Palestin dikembalikan. Ia juga menentang normalisasi pendudukan Israel.”
Untuk pengetahuan, Malaysia secara tegas tidak mengiktiraf pembentukan negara bernama Israel hasil rampasan tanah haram daripada rakyat Palestin. Malaysia juga tidak bersedia untuk menimbang usul jalinan hubungan rasmi atau diplomatik dengan Israel selagi rejim itu tidak mengubah dasarnya dan mengiktiraf kemerdekaan Palestin.
Hanya sekiranya dasar aperteid ke atas Palestin dan rakyatnya dihentikan selama-lamanya, barulah mungkin Malaysia terbuka untuk berbincang. Namun melihatkan keapda keadaan semasa dan pelbagai pelanggaran perjanjian yang pernah dilakukan Israel sebaik saja mereka mengumumkan genjata senjata, harapan itu mungkin tidak akan terjadi dalam masa terdekat.
ARTIKEL BERKAITAN : Manis Keamanan Palestin Hanya Bertahan Beberapa Jam, Israel Laku Khianat – REMAJA
Sehingga kini, larangan untuk rakyat Malaysia memasuki Israel dan untuk rakyat Israel datang ke Malaysia masih berkuat kuasa.
BACA LAGI : Malaysia Pertahan Prinsip Tidak Sertai Miss Universe 2021 Di Israel – REMAJA